Kata kerja predikat kausatif penyempurnaan peralihan milik: Analisis teori tatabahasa peranan dan rujukan

Authors

  • Burhan Murshidi Baharon Learning Institute for Empowerment (LIfE), Multimedia University, Jalan Ayer Keroh Lama, 75450 Bukit Beruang, Melaka, Malaysia
  • Sharil Nizam Sha’ri Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43000 Serdang, Selangor

Keywords:

Predikat Kausatif, Kata Kerja Penyempurnaan, Teori Role and Reference Grammar (RRG), Struktur Logik, Bahasa Melayu

Abstract

Makalah ini bertujuan membincangkan analisis bagi predikat kausatif penyempurnaan peralihan milik dan struktur logik yang terhasil bagi kata kerja penyempurnaan peralihan milik dalam bahasa Melayu. Analisis struktur logik dengan menggunakan pendekatan Teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan atau Role and Reference Grammar (RRG) diteliti secara ilmiah dalam kajian ini. Selain itu, teori ini dapat memberi kesahihan bagi data-data yang diperoleh oleh pengkaji. Di samping itu, predikat kausatif penyempurnaan peralihan milik dapat difahami sebagai faktor atau punca bagi kata kerja yang berlaku dan menabirkan sesuatu yang baharu. Sehubungan dengan itu, kata kerja penyempurnaan peralihan milik ini memerihalkan secara terperinci bahawa terjadi juga ketiadaan imbuhan meN-...-kan, meN-...-i, dan -kan bagi menunjukkan ciri-cari menyebabkan terhadap predikat kausatif penyempurnaan peralihan milik. Oleh itu, kata kerja yang diberi perhatian dalam kajian ini ialah Kata Kerja Peralihan Milik yang mempunyai imbuhan awalan meN- seperti memberi, menderma, menjual, menyumbang, menyerahkan, mengirim, menghulurkan dan mengepos. Data yang dianalisis dalam kajian ini diambil daripada ayat yang dibina sendiri oleh pengkaji sendiri. Data yang telah dikumpulkan ini dicerakinkan dan dianalisis menggunakan Teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan atau Role and Reference Grammar (RRG).

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-29

How to Cite

Baharon, B. M., & Sha’ri, S. N. (2025). Kata kerja predikat kausatif penyempurnaan peralihan milik: Analisis teori tatabahasa peranan dan rujukan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75), 101–112. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3245