Pembangunan sosioekonomi remaja Islam: Satu tinjauan awal
Keywords:
sosioekonomi, remaja, Islam, kesejahteraan, indikatorAbstract
Pembangunan remaja adalah penting dan merupakan cerminan pembangunan negara di peringkat domestik dan antarabangsa. Masyarakat Malaysia juga semakin prihatin dengan masalah dan kesukaran yang dihadapi oleh remaja. Untuk memastikan negara mempunyai remaja yang positif, penyelesaian yang harus diambil juga perlu diperhatikan. Walau bagaimanapun, banyak kajian dan laporan mendapati bahawa permasalahan sosioekonomi bagi golongan belia semakin parah. Situasi ini dapat dilihat apabila berlaku peningkatan isu kesihatan mental di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Justeru itu, objektif kajian ini adalah sebagai satu tinjauan awal pembangunan sosioekonomi remaja Islam ke arah pembentukan indikator kesejahteraan hidup belia Islam. Dalam pada itu, kajian juga menjelaskan konsep sosioekonomi remaja Islam melalui pendekatan maqasid Syariah. Kajian yang dilaksanakan ini menggunakan bentuk kualitatif melalui metode perepustakaan. Data yang dikumpul adalah bersumberkan rujukan primer dan sekunder daripada karya ulama kontemporari, artikel jurnal, tesis, buku ilmiah dan laporan penyelidikan. Manakala data dianalisis melalui pendekatan analisis kandungan melalui tema yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa indikator kesejahteraan hidup belia Islam yang perlu dititikberatkan. Antara indikator yang difokuskan adalah pendidikan, kesihatan, pemerkasaan ekonomi dan tanggungjawab sosial dalam mencapai keseimbangan dan keharmonian sosioekonomi dalam kehidupan. Indikator ini sangat bertepatan dengan Maqasid Syariah iaitu menjaga agama (Hifz ad-Din), menjaga nyawa (Hifz an-Nafs), menjaga akal (Hifz al-’Aql), menjaga keturunan (Hifz an-Nasb) dan menjaga harta (Hifz al-Mal).










