Pembangunan model pengajaran interaktif realiti terimbuh bagi meningkatkan penaakulan moral murid sekolah menengah: Pendekatan interpretive structural Modeling (ISM)

Authors

  • Punggothai Chandra Shegaram Faculty of Art, Sustainability and Creative Industry Sultan Idris Education University.Malaysia,
  • Balamuralithara Balakrishnan Faculty of Art, Sustainability and Creative Industry Sultan Idris Education University.Malaysia,
  • Noor Banu Mahadir Naidu Faculty of Human Sciences, Sultan Idris Education University, Malaysia

Keywords:

Model Pengajaran Interaktif Realiti Terimbuh, Pendidikan Moral, Penaakulan Moral, Interpretive Structural Modeling (ISM)

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan Model Pengajaran Interaktif Realiti Terimbuh dalam Pendidikan Moral bagi mengembangkan penaakulan moral murid sekolah menengah. Fasa pembangunan model menggunakan pendekatan Interpretive Structural Modeling (ISM) yang diperkenalkan oleh Walfred (1976), sebagai alat analisis untuk menyusun hubungan antara elemen secara hierarki dan sistematik. Seramai sembilan orang pakar dalam bidang Teknologi Pendidikan dan Pendidikan Moral dipilih secara teliti berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman profesional mereka. Sebanyak lapan konstruk dan tiga puluh tiga elemen telah dikenalpasti melalui fasa reka bentuk model menggunakan Teknik Nominal Group Technique (NGT). Data ISM dikumpul melalui tiga langkah utama iaitu pemilihan pakar, pembinaan model menggunakan perisian Concept Star, dan penilaian model. Proses ini turut melibatkan pembentukan Structural Self-Interaction Matrix (SSIM) dan analisis kuasa memandu serta kebergantungan elemen untuk membina struktur model akhir. Hasil daripada analisis ISM ini telah menghasilkan satu model pengajaran yang bersifat sistematik, berasaskan konsensus pakar dan mudah digunakan oleh guru Pendidikan Moral dalam pengajaranya. Model ini dijangka memberi sumbangan signifikan dalam memperkukuh pendekatan pengajaran Pendidikan Moral yang bersifat interaktif dan berasaskan teknologi serta menyokong perkembangan penaakulan moral dalam kalangan murid sekolah menengah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-29

How to Cite

Shegaram, P. C., Balakrishnan, B., & Mahadir Naidu, N. B. (2025). Pembangunan model pengajaran interaktif realiti terimbuh bagi meningkatkan penaakulan moral murid sekolah menengah: Pendekatan interpretive structural Modeling (ISM). Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75), 76–87. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3237