Cabaran dan amalan literasi kewarganegaraan digital remaja di Era Revolusi Industri 4.0

Authors

  • Siti Khaireena Ulas Department of Moral, Civics and Character Building Studies, Sultan Idris Education University, Tanjong Malim, 35900, Perak, Malaysia
  • Noor Banu Mahadir Naidu Department of Moral, Civics and Character Building Studies, Sultan Idris Education University, Tanjong Malim, 35900, Perak, Malaysia

Keywords:

Literasi Kewarganegaraan Digital, Remaja, Revolusi Industri 4.0, Cabaran Digital, Etika Siber

Abstract

Kajian Revolusi Industri 4.0 telah membawa perubahan besar dalam landskap sosial dan teknologi, terutama dalam kehidupan seharian remaja yang kini terdedah kepada pelbagai platform digital. Literasi kewarganegaraan digital menjadi aspek penting dalam memastikan remaja mampu berinteraksi secara bertanggungjawab, beretika dan selamat dalam ruang siber. Kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran serta amalan literasi kewarganegaraan digital dalam kalangan remaja di Malaysia, khususnya dalam konteks penggunaan teknologi digital yang pesat. Menggunakan pendekatan kaedah campuran, data dikumpul melalui soal selidik terhadap 400 pelajar sekolah menengah dan temu bual separa berstruktur bersama guru serta pakar pendidikan. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kesedaran remaja terhadap tanggungjawab digital masih sederhana, dengan cabaran utama melibatkan penyebaran maklumat palsu, privasi dalam talian, dan kekurangan bimbingan etika siber. Walau bagaimanapun, terdapat amalan positif seperti penglibatan dalam aktiviti dalam talian yang menyokong nilai sivik dan penggunaan teknologi untuk pembelajaran kendiri. Kajian ini mencadangkan agar literasi kewarganegaraan digital diintegrasikan secara menyeluruh dalam kurikulum serta melalui pendekatan pedagogi berasaskan nilai. Implikasi kajian ini memberi sumbangan kepada dasar pendidikan digital negara dan pembentukan warga digital yang beretika dan bertanggungjawab.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-29

How to Cite

Ulas, S. K., & Mahadir Naidu, N. B. (2025). Cabaran dan amalan literasi kewarganegaraan digital remaja di Era Revolusi Industri 4.0. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(75), 51–61. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3235