Pendigitalan aktiviti keusahawanan kepada mahasiswa Universiti Utara Malaysia.
Keywords:
Pendigitalan keusahawanan, pembelajaran keusahawanan, media sosialAbstract
Pendigitalan merupakan konsep yang semakin mendapat perhatian semua pihak
terutama bagi aspek keusahawanan. Keusahawanan kini telah berubah dan berkembang
sejajar dengan perkembangan teknologi digital. Keusahawanan digital menjadi topik
perbualan hangat untuk memperkasa sesebuah perniagaan bagi usahawan. Keusahawanan
digital turut menjadi penting sebagai agenda pengajaran dan pembelajaran dalam melatih dan
memperkasakan kemahiran keusahawanan dalam kalangan mahasiswa. Objektif kertas kerja
ini adalah untuk meninjau aktiviti keusahawanan digital yang dilaksanakan oleh pensyarah
dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran prinsip keusahawanan di Universiti Utara
Malaysia (UUM). Antara aspek praktikal yang dijalankan oleh mahasiswa ketika menjalankan
perniagaan ketika di kampus ialah mempraktikkan perniagaan secara atas talian, membina
laman sesawang, membangunkan facebook advertisement, Instagram for business dan TikTok
sebagai praktikaliti dalam aktiviti keusahawanan digital. Ini kerana konteks pembelajaran dan
pengajaran hari ini perlu mengadaptasi teknologi digital kerana ianya menjadi sesuatu yang
penting sebagai nilai tambah kepada mahasiswa apabila bergraduat kelak.