Penggunaan media sosial dan kesannya terhadap prestasi bahasa arab

Authors

  • Muhammad Saiful Anuar Yusoff Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Malaysia
  • Muhammad Luqman Ibnul Hakim Mohd Saad Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Malaysia
  • Shahrizal Mahpol Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Malaysia
  • Zawiah Seman SMK Agama Wataniah, Machang, Kelantan, Malaysia
  • Farah Yasmin Najwa Mohamed Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia

Keywords:

Media sosial, Penggunaan media sosial, Prestasi Bahasa Arab

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan media sosial dalam
pembelajaran dan kesannnya terhadap prestasi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab di
di institusi pengajian mennegah dan pengajian tinggi. Walaupun penggunaan media sosial
menjadi lumrah dalam kalangan pelajar, penggunaannya secara terperinci untuk tujuan
pembelajaran belum dipastikan secara spesifik. Kajian ini bertujuan untuk menilai pengaruh
penggunaan media sosial terhadap prestasi bahasa Arab pelajar. Data dikumpul melalui teknik
pensampelan rawak bertujuan yang menghasilkan 124 respons yang sah daripada pelajar di
sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi terpilih. Data kemudiannya dianalisis
menggunakan Pemodelan Persamaan Struktur (PLS-SEM). Penggunaan media dengan jelas
mempengaruhi prestasi bahasa Arab pelajar (β=0.328, t=3.796, p<0.01, f2=0.082). Analisis
IPMA yang dijalankan menunjukkan pengunaan media sosial dalam pembelajaran Bahasa
Arab digunakan untuk mendapatkan pandangan alternatif terhadap bahan pembelajaran,
meningkatkan pencapaian pembelajaran dan beriteraksi dengan guru dan rakan dalam proses
pembelajaran. Kajian ini menyerlahkan peranan penting yang dimainkan oleh media sosial
dalam pembelajaran Bahasa Arab. Penemuan ini menawarkan pandangan yang bernilai
kepada penggubal dasar dan pemimpin institusi untuk mereka bentuk strategi bersasar yang
meningkatkan keberkesanan media sosial dalam sektor menengah dan pendidikan tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-08-15

How to Cite

Yusoff, M. S. A., Mohd Saad, M. L. I. H., Mahpol, S., Seman, Z., & Mohamed, F. Y. N. (2025). Penggunaan media sosial dan kesannya terhadap prestasi bahasa arab. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(74), 103–116. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3224