Keberkesanan Modul Smart Soleh dalam pendidikan nilai kanak-kanak: Satu kajian rintis berasaskan model C.E.P.A.T
Keywords:
Pendidikan Nilai, SMART Soleh, Model C.E.P.A.T, Pendidikan Rendah, Kajian RintisAbstract
Artikel ini bertujuan menilai keberkesanan modul SMART Soleh sebagai pendekatan pendidikan nilai berasaskan kerangka Model C.E.P.A.T. Model ini merangkumi lima elemen utama: Cerdas Akal, Emosi Terjaga, Peribadi Mulia, Aktif Fizikal, dan Taat Ibadah yang digabungkan dalam satu modul interaktif. Kajian rintis ini menggunakan pendekatan kuasi-eksperimen terhadap 30 murid tahap satu di sebuah sekolah rendah di Selangor. Kaedah pengumpulan data melibatkan soal selidik pra dan pasca intervensi serta pemerhatian berstruktur semasa pelaksanaan modul. Hasil kajian menunjukkan peningkatan signifikan dari segi pemahaman, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid. Dapatan ini menyokong potensi modul SMART Soleh sebagai alat bantu dalam pendidikan nilai yang bersepadu dan menyeronokkan. Kajian ini turut mencadangkan penambahbaikan modul dan pelaksanaan kajian lanjut berskala besar bagi mengukuhkan keberkesanan pendekatan ini.