Kedudukan tarjih dalam fatwa semasa di Malaysia dari perspektif Maqasid Syariah

The position of tarjih in contemporary fatwas in Malaysia from the perspective of Maqasid Shariah

Authors

  • Nik Faisal Nik Ismail Fakulti Pengajian Islam, Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis, Malaysia
  • Ahmad Ismail Fakulti Pengajian Islam, Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis, Malaysia
  • Atif Che Adnan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis, Malaysia
  • Ahmad Akmal Wan Muhayudin Fakulti Pengajian Islam, Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis, Malaysia

Keywords:

Tarjih, Fatwa Semasa, Maqasid Syariah

Abstract

Artikel ini membincangkan kedudukan tarjih dalam pengeluaran fatwa semasa di Malaysia dari perspektif Maqasid Syariah. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka keperluan dan kepentingan pendekatan tarjih dan kaitannya dengan Maqasid Syariah dalam memastikan sesuatu fatwa yang dikeluarkan lebih sesuai dengan keadaan semasa dan keperluan masyarakat moden. Kajian ini berbentuk kualitatif melalui kaedah kepustakaan dan analisis kandungan terhadap sumber-sumber fiqh klasik, fatwa semasa, dan pandangan ulama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan tarjih mempunyai kedudukan yang sangat signifikan dalam pengeluaran fatwa semasa di mana ia mampu memberikan penyelesaian yang lebih fleksibel dan relevan dengan realiti kontemporari, dengan memilih dalil yang lebih kuat dan hukum yang lebih sesuai untuk diamalkan. Hasil kajian juga mendapati terdapat pelbagai prinsip tarjih telah diguna pakai dalam fatwa semasa di Malaysia seperti aspek kekuatan dalil, implikasi hukum, keperluan umum dan kemudahan. Kajian mencadangkan agar institusi fatwa terus mengamalkan pendekatan tarjih secara kolektif dan tepat bagi memastikan fatwa-fatwa yang dikeluarkan dapat memenuhi keperluan masyarakat dalam ruang lingkup yang lebih luas bagi memastikan tercapainya kehendak syarak.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-15

How to Cite

Nik Ismail, N. F., Ismail, A., Adnan, A. C., & Wan Muhayudin, A. A. (2025). Kedudukan tarjih dalam fatwa semasa di Malaysia dari perspektif Maqasid Syariah: The position of tarjih in contemporary fatwas in Malaysia from the perspective of Maqasid Shariah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(76), 1075–1093. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3203