Mekanisme perundangan bagi kutipan zakat perniagaan bagi Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kedah

Authors

  • Mohd Zakhiri Md Nor Institute of Shariah Governance and Islamic Finance (ISGaIF), Islamic Business School, College of Business, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
  • Ahmad Nasyran Azrae School of Law, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
  • Alias Azhar School of Law, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
  • Ani Munirah Mohamad School of Law, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
  • Suraidi Saad Lembaga Zakat Kedah (LZNK), Kedah, Malaysia

Keywords:

Zakat Perniagaan, Harta Perniagaan, Anak Syarikat, Syarikat Milikan Kerajaan Negeri

Abstract

Zakat perniagaan adalah salah satu bentuk zakat yang dikenakan ke atas harta perniagaan. Ia merujuk kepada kewajipan ke atas pemilik perniagaan untuk mengeluarkan sebahagian daripada keuntungan perniagaan mereka untuk diberikan kepada golongan asnaf yang layak. Namun, terdapat beberapa cabaran yang menghalang keberkesanan zakat perniagaan dikenakan terhadap syarikat yang beroperasi, biarpun syarikat tersebut adalah anak syarikat milikan kerajaan negeri. Antaranya, kurang kesedaran di kalangan peniaga mengenai kewajipan dan kepentingan membayar zakat perniagaan, ketiadaan rebat cukai untuk entiti korporat di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, dan peruntukan undang-undang yang longgar dalam kutipan zakat serta persepsi bahawa tanggungjawab sosial korporat (CSR) lebih tinggi daripada kewajipan membayar zakat. Khusus bagi skop anak syarikat milikan kerajaan negeri, kajian ini membuat perbandingan Enakmen Lembaga Zakat Kedah Darul Aman 2015 dan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia bagi kutipan zakat anak syarikat di bawah kerajaan negeri, menganalisis portal laman web anak syarikat Negeri Kedah berkaitan kewajipan pembayaran zakat, dan mencadangkan mekanisme perundangan dalam kutipan dan penaksiran zakat anak syarikat kerajaan negeri Kedah. Menggunakan pendekatan kajian perpustakaan dan analisis dokumen perundangan, kajian ini turut menemubual beberapa orang pegawai daripada anak syarikat, penasihat Shariah dan juga ahli akademik. Kajian mendapati undang-undang di beberapa negeri di Semenanjung tidak memperuntukkan secara khusus mengenai kewajipan mengeluarkan zakat perniagaan, serta tadbir urus dan tatacara di Pusat Zakat terpilih menyediakan maklumat mengenai zakat perniagaan, namun tiada tindakan perundangan yang boleh dikenakan sekiranya bayaran zakat perniagaan tidak dibuat. Di samping itu, para peniaga juga tidak meletakkan penekanan untuk membayar zakat memandangkan peruntukan undang-undang sivil (seperti cukai perniagaan, pelepasan/rebat cukai, dan lain-lain) lebih teratur untuk tujuan cukai pendapatan berbanding zakat perniagaan. Oleh itu, keputusan untuk membuat bayaran zakat perniagaan adalah secara sukarela di pihak anak syarikat milikan kerajaan negeri, dan tiada asas kukuh untuk menjadikan pembayaran zakat perniagaan tersebut sebagai satu kewajipan. Implikasi kajian ini adalah memperkenalkan cadangan mekanisme perundangan dalam kutipan dan penaksiran zakat anak syarikat kerajaan negeri Kedah, yang dihasratkan dapat menjadi rujukan Lembaga Zakat Negeri Kedah selepas ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-07-15

How to Cite

Md Nor, M. Z., Azrae, A. N., Azhar, A., Mohamad, A. M., & Saad, S. (2025). Mekanisme perundangan bagi kutipan zakat perniagaan bagi Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kedah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(73), 1054–1061. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3197