Pembelajaran Berasaskan Permainan (GBL): Sejauhmana membantu pelajar asnaf memahami pengurusan kewangan dan kepenggunaan Islam

Authors

  • Siti Hajar Salwa Ahmad Musadik Islamic Business School, College of Business, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
  • Nor Syahidah Ishak Islamic Business School, College of Business, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
  • Noraini Yusuff Islamic Business School, College of Business, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia
  • Muhammad Fakhirin Che Majid Islamic Business School, College of Business, Universiti Utara Malaysia (UUM), Malaysia

Keywords:

Pembelajaran Berasaskan Permainan, GBL, Kepenggunaan, Kewangan, Pelaburaan

Abstract

Jumlah golongan muda dan belia yang menghadapi masalah kewangan dan mendapat status muflis sentiasa meningkat dan tidak menunjukan penurunan yang positif. Walaupun laporan ada menyatakan sedikit penurunan, akan tetapi mengikut pihak yang berautoriti seperti AKPK, trend dan jumlah masyarakat  Malaysia yang menghadapi masalah kewangan sentiasa berterusan. Oleh yang demikian, kajian lapangan ini dilaksanakan untuk melihat sejauhmana kefahamana pelajar dari kalangan keluarga asnaf memahami dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan pengurusan kewangan dan kepenggunaan Islam. Kajian yang dilaksanakan secara kaedah pemantauan dengan menggunakan cara pembelajaran berasaskan permainan  (GBL) menunjukan bahawa pada awalnya para pelajar mempunyai pengetahun umum berkaitan dengan pengurusan kewangan dan kepenggunaan, akan tetapi, tidak mempunyai kefahaman dan kesedaran yang mendalam berkaitan dengan pengurusan kewangan dan kepenggunaan dari perspektif Islam. Program yang dilaksanakan bersama pelajar tingkatan empat di Maahad Dini Sultan Abdul Halim Sik ini telah berjaya memberi kefahaman dan pendedahan yang mendalam berkaitan ilmu penguursan kewangan dan kepenggunaan Islam melalui kaedah pembelajaran berasaskan permainan (GBL). Hasil kajian lapangan ini telah menunjukan bahawa kaedah pembelajaran berasaskan permainan (GBL) mempunyai kemampuan untuk digunakan sebagai platform dalam menyampaikan ilmu atau maklumat secara mendalam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-07-15

How to Cite

Ahmad Musadik, S. H. S., Ishak, N. S., Yusuff, N., & Che Majid, M. F. (2025). Pembelajaran Berasaskan Permainan (GBL): Sejauhmana membantu pelajar asnaf memahami pengurusan kewangan dan kepenggunaan Islam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(73), 1043–1053. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3196