Pendigitalan keusahawanan berlandaskan etika keusahawanan Islam: Kajian ke atas usahawan madu kelulut, Daerah Sik Kedah
Keywords:
keusahawanan digital, etika keusahawanan Islam, usahawan madu kelulutAbstract
Perniagaan digital hari ini telah mendapat perhatian yang serius kerana impaknya kepada sektor ekonomi dan perniagaan sangat besar. Dunia perniagaan digital telah membantu para usahawan memasarkan produk mereka dengan lebih mudah, pantas dan efektif. Usahawan yang bijak seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menjalankan perniagaan secara atas talian, dengan hanya menggunakan aplikasi internet. Kertas kerja ini membincangkan pendigitalan keusahawanan berlandaskan etika keusahawanan Islam. Usahawan yang mengaplikasikan keusahawanan digital sering berhadapan dengan cabaran untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan betul kepada pelanggan. Maka satu tinjauan dibuat terhadap sepuluh (10) usahawan Madu Kelulut Daerah Sik, Kedah terhadap praktis penggunaan teknologi digital ketika menjalankan perniagaan secara atas talian. Hasil tinjauan mendapati hanya (5) orang usahawan yang menggunakan teknologi digital bagi perniagaan berlandaskan etika keusahawanan Islam. Justeru, adalah penting untuk memastikan setiap usahawan menggunakan aplikasi teknologi digital bagi perniagaan berlandaskan etika keusahawanan Islam.