Kesan Macau Scam terhadap kualiti kehidupan masyarakat
Keywords:
Jenayah dalam talian, Macau ScamAbstract
Macau Scam telah menimbulkan masalah dalam kalangan masyarakat yang menyebabkan kualiti kehidupan masyarakat dari segi kewangan dan kebahagiaan terganggu. Dalam kajian ini, penyelidik membuat kajian tentang kesan Macau Scam terhadap kualiti kehidupan masyarakat. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 130 orang responden yang berumur antara 19 tahun hingga 55 tahun dan mereka menggunakan telefon dalam kehidupan seharian yang boleh terdedah kepada jenayah Macau Scam. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif. Kaedah bagi pengumpulan data yang digunakan adalah melalui kaedah borang soal selidik. Hasil yang diperoleh daripada dapatan borang soal selidik telah dimasukkan dan dianalisis di dalam SPSS (Statistical Package for Social Science). Hasil kajian mendapati terdapat hubungan signifikan antara penglibatan dalam Macau Scam dengan faktor- faktor yang mempengaruhi masyarakat terpedaya dengan Macau Scam. Terdapat hubungan yang signifikan di antara penglibatan dalam Macau Scam dengan kesan terhadap kualiti kehidupan masyarakat. Selain itu, Hubungan yang signifikan juga diperolehi antara penglibatan dalam Macau Scam dengan langkah- langkah yang boleh diambil oleh masyarakat untuk mengatasi Macau Scam.