Cabaran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Kelantan dalam mentadbir penguatkuasaan perintah nafkah
Keywords:
Bahagian Sokongan Keluarga, pentadbiran, cabaran, perintah penguatkuasaan, wanitaAbstract
Kegagalan membayar nafkah kepada isteri adalah salah satu cabaran utama dalam
kes Mahkamah Syariah. Permasalahan membayar nafkah juga merupakan isu utama dalam
mengukuhkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Selain itu, aduan wanita mengenai
kegagalan perintah nafkah di Bahagian Sokongan Keluarga menjadi kebiasaan dan semakin
parah. Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) mempunyai tiga Unit Penguatkuasaan untuk
membantu pelancaran pengurusan wanita-wanita yang membuat aduan iaitu Unit Khidmat
Nasihat Perundangan (UKNP), Unit Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah (UPPP) dan
Unit Pengurusan Dana (UPD). Melalui bantuan tiga unit tersebut, lima penguatkuasaan akan
diperintahkan oleh Mahkamah Syariah iaitu Saman Penghutang Penghakiman, Notis
Penghakiman, Penyitaan dan Penjualan, Hiwalah dan Perintah Pengkomitan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi untuk menguatkuasakan
perintah tersebut antaranya ialah kekurangan pegawai BSK yang mempunyai tauliah rasmi
untuk mengendalikan kes. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mewakili plaintif untuk
menyelesaikan kes tunggakan dan terpaksa meminta bantuan daripada Jabatan Bantuan
Guaman. Selain itu, tuntutan secara manual dan penyediaan dokumen dariapada wanita
wanita yang menuntut juga dilihat salah satu permasalahan dalam kajian ini. Oleh itu, objektif
kajian ini adalah ingin meneliti pengurusan penguatkuasaan perintah nafkah yang dijalankan
di Bahagian Sokongan Keluarga. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan
menemubual seorang Pegawai Syariah, seorang Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga,
Seorang Ahli Akademik dan dua orang wanita yang menuntut nafkah. Setelah itu, kajian ini
mengaplikasikan metod analisis pengumpulan data melalui dokumen dan juga temubual yang
menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian ini mendapati terdapat empat cabaran
penguatkuasaan perintah nafkah di BSK iaitu pengabaian pihak suami, prosedur yang
panjang, penggunaan dokumentasi yang banyak dan kekurangan kakitangan BSK. Walaubagaimanapun, Bahagian Sokongan Keluarga BSK sedaya upaya membantu golongan
wanita untuk mendapatkan hak mereka. Kemajuan pentadbiran penguatkuasaan perintah juga
perlu ditingkatkan oleh BSK supaya perkara ini dapat disumbangkan kepada pembangunan
Malaysia Madani. Pendekatan teras Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana
Menteri Malaysia, adalah bertujuan menekankan pembangunan keluarga dan masyarakat
Malaysia yang lebih berkembang secara sosial dan harmoni.