Reka bentuk pengajaran Gagne dan aplikasinya kepada pelajar: Satu ulasan
Keywords:
Reka bentuk pengajaran, teori pembelajaran, pedagogi, Gagne, aplikasiAbstract
Reka bentuk pengajaran merupakan satu disiplin penting dalam bidang pendidikan yang menggabungkan teori pembelajaran, teknologi pendidikan, dan strategi pedagogi untuk membantu pendidik mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Namun dalam era pendidikan abad ke-21 yang menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar, reka bentuk pengajaran memainkan peranan yang lebih kritikal dan pendidik bukan sahaja perlu menyampaikan isi kandungan, tetapi juga perlu memastikan bahawa strategi dan kaedah yang digunakan mampu memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai dari segi gaya pembelajaran, tahap kebolehan, dan latar belakang. Oleh itu, artikel ini ingin mengulas tentang sembilan reka bentuk Pengajaran Gagne yang merupakan antara kerangka reka bentuk pengajaran paling berpengaruh dalam bidang pendidikan dan aplikasinya kepada pelajar bagi memastikan pembelajaran yang bermakna dan berkesan dapat dicapai. Artikel ini adalah berbentuk sebuah kajian kualitatif sepenuhnya yang menggunakan kaedah analisis dokumen terhadap pelbagai sumber ilmiah dalam pengumpulan data dan penganalisaan data yang melibatkan kaedah kepustakaan. Hasil dapatan dari artikel ini menjelaskan tentang satu model pengajaran yang diperkenalkan oleh Robert M. Gagne yang mempunyai sembilan reka bentuk pengajaran yang mempunyai ciri dan keistimewaan yang tersendiri. Dapatan juga menunjukkan bahawa sembilan langkah ini kekal relevan dalam pelbagai konteks pengajaran, namun memerlukan aplikasi mengikut perubahan pedagogi dan teknologi semasa. Kajian ini mencadangkan agar reka bentuk Gagne dijadikan panduan asas dalam pembangunan kurikulum dan latihan guru secara lebih menyeluruh kerana pemilihan reka bentuk pengajaran yang sesuai dalam merancang, membangun, melaksana, dan menilai pengalaman pembelajaran sangat penting bagi memastikan pengajaran berlaku secara efektif, efisien dan bersistematik.