Prestasi perniagaan Usahawan Wanita Muslim Kelantan: Peranan etika pengedaran produk

Authors

  • Hallieyana Sha’ari Fakulti Syariah dan Muamalat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kota Bharu, 15730, Kelantan, Malaysia
  • Nurul Fazlina Mat Zin Pusat Pengajian Teras Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kota Bharu, 15730, Kelantan, Malaysia
  • Wan Khalijah Wan Jusoh Fakulti Usuluddin dan al-Quran & Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kota Bharu, 15730, Kelantan, Malaysia

Keywords:

Pengedaran Produk, Prestasi Perniagaan, Etika Perniagaan Islam, Usahawan Wanita Muslim

Abstract

Prinsip Syariah yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah serta penerapan etika yang tinggi adalah syarat untuk perniagaan Islam. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan etika perniagaan Islam dari aspek pengedaran produk terhadap prestasi perniagaan dalam kalangan wanita muslim. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif, dengan soal selidik diedarkan kepada 50 usahawan wanita Muslim yang menjalankan perniagaan di Bazar Tok Guru, Kota Bharu, Kelantan. Dalam setiap transaksi perniagaan, etika perniagaan Islam menekankan keadilan, ketelusan, dan tanggungjawab sosial. Kajian ini turut mengkaji isu-isu yang dihadapi oleh usahawan wanita, terutamanya dalam aspek pengedaran dan pemasaran produk, termasuk diskriminasi, penipuan, dan ketidakpatuhan terhadap prinsip moral Islam dalam pengurusan perniagaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengedaran yang beretika, selaras dengan prinsip Islam, dapat meningkatkan prestasi perniagaan dan membina kepercayaan pelanggan. Berdasarkan hasil kajian, disarankan supaya etika perniagaan Islam diperluaskan di kalangan usahawan wanita, terutamanya dalam aspek pemasaran dan pengedaran produk, dengan matlamat untuk meningkatkan daya saing dan kejayaan perniagaan mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-07-14

How to Cite

Sha’ari, H., Mat Zin, N. F., & Wan Jusoh, W. K. (2025). Prestasi perniagaan Usahawan Wanita Muslim Kelantan: Peranan etika pengedaran produk. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(73), 717–730. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3151