Potensi filem pendek komersial Thailand sebagai Medium dakwah dalam pembentukan karekter

Authors

  • Hazny Saleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (UTM), Malaysia,
  • Nur Najwa Hanani Abd Rahman Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (UTM), Malaysia,
  • Mohammad Naqib Hamdan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (UTM), Malaysia,

Keywords:

Filem Pendek, Dakwah, Pembentukan Karekter, Media Sosial, Akhlak

Abstract

Artikel ini mengkaji potensi Filem Pendek Komersial Thailand sebagai medium dakwah dalam pembentukan karekter di kalangan pelajar Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Peranan filem pendek sebagai medium dakwah kepada golongan muda yang terdedah kepada hiburan visual sangat penting dalam mendidik dan memperkukuh karakter mereka. Pendekatan kualitatif dengan temubual mendalam terhadap lima orang pelajar ASWARA untuk mengkaji bagaimana mereka menggabungkan mesej dakwah dan hiburan dalam filem pendek mereka. Hasil Kajian menunjukkan bahawa filem pendek dapat menyampaikan nilai-nilai Islam seperti kasih sayang, pengorbanan, dan keadilan dengan cara yang mudah difahami dan menarik. Walaupun cabaran timbul dalam menyeimbangkan hiburan dengan mesej agama. Namun, filem pendek terbukti mampu membantu membentuk karakter positif pelajar. Kajian ini mencadangkan penggunaan filem pendek sebagai medium dakwah dengan lebih meluas, terutamanya dalam pembentukan sahsiah generasi muda yang semakin terdedah kepada pengaruh media sosial dan globalisasi

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-30

How to Cite

Saleh, H., Abd Rahman, N. N. H., & Hamdan, M. N. (2025). Potensi filem pendek komersial Thailand sebagai Medium dakwah dalam pembentukan karekter. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(73), 590–660. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3141