Keindahan alam dengan memaknai makna pohon dalam cerpen pilihan Siti Zainon Ismail

Authors

  • Kasmaizun Enuni Mohd Sarji Faculty of Malay Language and Communication, Universiti pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia,
  • Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain Faculty of Social Science and Humanities, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia,

Keywords:

Alam, Pohon, Ciptaan, Tuhan

Abstract

Alam memberi banyak kegunaan dan fungsinya kepada manusia di muka bumi. Hal ini dilihat apabila manusia itu sendiri merenung alam yang diciptakan oleh Allah SWT dan berfikir untuk dijadikan sebagai satu sumber idea dalam menghasilkan karya yang berguna kepada pembaca. Maka, kajian tentang alam banyak dilihat di dalam puisi Siti Zainon Ismail. Justeru, kajian ini menganalisis cerpen-cerpen Siti Zainon Ismail untuk melihat makna pohon yang terdapat di dalamnya. Kajian ini berfokus kepada cerpen yang bertajuk Daun Maple Akhir, Seloka Si Tanjung, Pugai, Kampung Paya Kami dan Kasih Kaca Warna. Tiga objektif kajian adalah pertama, menganalisis unsur pohon dalam cerpen pilihan Siti Zainon Ismail. Kedua, menginterpretasi unsur pohon dalam cerpen pilihan Siti Zainon Ismail. Ketiga, merumuskan faktor-faktor yang mempengaruhi pengungkapan unsur pohon dalam cerpen pilihan Siti Zainon Ismail. Metodologi yang digunakan dalam kajian ialah kaedah kepustakaan dan analisis teks. Hasil kajian menemukan makna pohon sebagai daya tarikan, sahabat, sumber terapi, sumber rezeki, sumber panduan dan pengajaran kepada manusia. Teori Konseptual Kata Kunci digunakan untuk menganalisis unsur alam dalam kumpulan cerpen pilihan Siti Zainon Ismail yang telah menemukan faktor pengungkapan unsur alam tersebut. Antara faktornya ialah latar belakang keluarga, latar belakang pendidikan, pengalaman dan pengembaraan. Justeru, Siti Zainon Ismail berjaya meletakkan unsur-unsur alam sebagai renungan kepada kehidupan manusia. 

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-30

How to Cite

Mohd Sarji, K. E., & Ajmain @ Jima’ain, M. T. (2025). Keindahan alam dengan memaknai makna pohon dalam cerpen pilihan Siti Zainon Ismail. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(73), 548–559. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3138