Hikmah menutup aurat dalam perspektif Islam: Sorotan literatur
Keywords:
Aurat, Pemakaian Islam, Syariat, Kesopanan, MaruahAbstract
Menutup aurat merupakan salah satu kewajipan utama bagi umat Islam yang ditegaskan dalam Al-Quran dan As-Sunnah Isu aurat dalam kalangan orang Islam sering berpunca daripada pengaruh fesyen, media sosial dan norma budaya yang bertentangan dengan ajaran agama. Ramai yang kurang kefahaman mendalam tentang kepentingan menutup aurat kerana kurang pendedahan agama sejak kecil. Ada juga yang merasa malu atau tidak yakin untuk menutup aurat sepenuhnya akibat tekanan rakan sebaya atau persekitaran. Tidak menjaga aurat boleh memberi kesan kepada maruah diri dan membuka ruang kepada fitnah serta gangguan. Kajian ini bertujuan untuk memahami konsep aurat, kewajipan menutup aurat serta batasan aurat bagi lelaki dan perempuan menurut perspektif Islam. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan tumpuan kepada kaedah kepustakaan dan pendokumentasian. Data diperoleh melalui analisis sumber-sumber bertulis seperti buku, jurnal, artikel ilmiah serta dokumen berkaitan bagi memahami isu yang dikaji secara mendalam. Sorotan kajian ini juga meneliti pelbagai isu berkaitan pemakaian dalam kalangan umat Islam yang semakin mencabar dengan perkembangan fesyen dan budaya globalisasi. Berdasarkan analisis literatur, kewajipan menutup aurat bukan sekadar aspek pemakaian, tetapi berkaitan dengan nilai kesopanan dan penghormatan terhadap maruah individu. Kajian ini diharap dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat tentang kepentingan menutup aurat dalam kehidupan seharian