Pendidikan akhlak menurut Surah Luqman: Implikasi dalam sistem pendidikan moden

Authors

  • Ahmad Fathi Hasni Basri Islamic Civilization Academy, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
  • Jazli Zakwan Ahmad Taha Islamic Civilization Academy, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia
  • Bushrah Basiron Islamic Civilization Academy, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia

Keywords:

Pendidikan Akhlak, Surah Luqman, Al-Quran, Nilai Islam, Pendidikan Moden

Abstract

Pendidikan akhlak merupakan asas utama dalam pembentukan insan seimbang dari segi rohani, emosi, intelek dan sosial. Surah Luqman, khususnya ayat 12 hingga 19, mempersembahkan prinsip-prinsip pendidikan akhlak melalui nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya, yang merangkumi nilai tauhid, kesyukuran, tanggungjawab individu, amar makruf nahi munkar, kesabaran serta adab pergaulan. Kertas kerja ini menganalisis nilai-nilai tersebut melalui pendekatan tematik dan menghubungkannya dengan keperluan sistem pendidikan moden. Kajian mendapati bahawa pendekatan pendidikan akhlak berasaskan al-Quran adalah sangat relevan dalam membentuk karakter pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga berakhlak mulia. Implikasi kajian ini menggariskan keperluan kepada pendekatan pendidikan holistik, keterlibatan ibu bapa dan komuniti, penekanan kepada pembentukan ketahanan mental dan emosi, penerapan nilai kesederhanaan serta pengukuhan teladan dalam kalangan pendidik. Justeru, integrasi nilai-nilai Quranik dalam kurikulum moden adalah satu keperluan untuk melahirkan generasi berintegriti dan beradab tinggi dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-30

How to Cite

Basri, A. F. H., Ahmad Taha, J. Z., & Basiron, B. (2025). Pendidikan akhlak menurut Surah Luqman: Implikasi dalam sistem pendidikan moden. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(73), 520–532. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3136