Perihal perusahaan wanita muslim berdasarkan kejayaan Khadijah Binti Khuwaylid

Authors

  • Yusma Fariza Yasin School of Human Resource Development and Psychology, Faculty of Social Science and Humanities, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai 81300, Johor, Malaysia
  • Mohd Shukri Hanapi Center for Islamic Development Management Studies, Universiti Sains Malaysia, Minden, 11700, Pelau Pinang, Malaysia

Keywords:

Perihal Perusahaan, keusahawanan Wanita Muslim, Khadijah Khuwaylid

Abstract

Khadijah Khuwaylid merupakan tokoh usahawan terkenal menurut Sejarah Islam. Strategi perusahaan yang dilaksanakan merupakan antara elemen utama yang menyumbang kepada kejayaan Khadijah dalam bidang keusahawanan. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan mengenal pasti perihal perusahaan dalam kalangan usahawan wanita Muslim yang mengusahakan produk kesihatan di Malaysia, berdasarkan faktor kejayaan Khadijah binti Khuwaylid. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemu bual seramai 10 orang usahawan wanita Muslim. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan, dan dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek perusahaan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kejayaan mereka, sejajar dengan faktor kejayaan yang ditunjukkan oleh Khadijah binti Khuwaylid. Kajian ini membuktikan bahawa elemen perusahaan berasaskan nilai Islam seperti yang ditunjukkan oleh Khadijah binti Khuwaylid masih releven dalam memperkukuh kejayaan usahawan Wanita Muslim masa kini. Justeru, dapatan kajian memberi implikasi kepada Pembangunan modul Latihan keusahawanan berteraskan nilai Islam, sekali gus mampu menjadi rujukan kepada pembuat dasar dalam merangka inisiatif yang menyokong pemerkasaan Wanita muslim khususnya dalam sektor produk Kesihatan.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-30

How to Cite

Yasin, Y. F., & Hanapi, M. S. (2025). Perihal perusahaan wanita muslim berdasarkan kejayaan Khadijah Binti Khuwaylid. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(73), 478–486. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3132