Pemetaan isu-isu akidah dalam kerangka pemikiran al-jilani berdasarkan martabat Ma’rifa

Authors

  • Mohd Ezri @ Asri Abd Rahman Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (UNiSZA), Malaysia
  • Ahmad Bazli Shafie Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (UNiSZA), Malaysia
  • Wan Helmy Shahriman Wan Ahmad Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM CawanganTerengganu, Malaysia

Keywords:

Al-Jilani, Akidah, Sufi, Ithbat, Takwil, Martabat Ma’rifah

Abstract

Syeikh ‘Abd al-Qadir al-Jilani adalah seorang ahli Sufi yang terkenal dan ketokohan
beliau dalam bidang Tasawuf diakui oleh ulama Ahli Sunah Wal Jamaah. Namun kebelakangan
ini wujudnya dakwaan yang menyatakan bahawa dari sudut aqidah, beliau adalah seorang
Salafi dan beliau berpegang kepada pendekatan ithbat dan bukannya takwil. perkara tersebut
menimbulkan enigma kerana dalam beberapa karya beliau juga menggunakan pendekatan
takwil. Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan martabat ma’rifah dalam kerangka pemikiran
al-Jilani sekaligus melakukan pemetaan isu-isu akidah berdasarkan martabat marifah tersebut.
Kajian ini adalah kajian kualitatif yang melibatkan kajian perpustakaan dengan reka bentuk
pengumpulan dan analisis data melalui pendekatan analisis dokumen dan kandungan. Dapatan
hasil pemetaan terhadap martabat ma’rifah dalam pemikiran al-Jilani memperlihatkan
gambaran yang holistik mengenai pembicaraan akidah beliau berdasar dua martabat ma’rifah.
Pada martabat al-ammah (umum), beliau menggunakan pendekatan tafwiḍ dalam perbicaraan
mengenai ayat-ayat mutashabihat kerana pada pandangan beliau pendekatan tersebut adalah
lebih selamat bagi kebanyakan Muslimin, namun pada martabat al-khassah, beliau
menggunakan pendekatan takwil, khususnya takwilan ahli sufi. Kajian ini dapat
memperkayakan dan melengkapkan korpus keilmuan akidah dan tasawuf dan merungkaikan
kekeliruan mengenai aqidah al-Jilani sekali gus dapat megembalikan semula beliau kepada
posisi yang sewajarnya dalam kalangan ahli sufi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-30

How to Cite

Abd Rahman, M. E. @ A., Shafie, A. B., & Wan Ahmad, W. H. S. (2025). Pemetaan isu-isu akidah dalam kerangka pemikiran al-jilani berdasarkan martabat Ma’rifa. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(73), 456–465. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3130