Pembunuhan separa sengaja: Analisis perundangan perbandingan menurut perspektif Fikah Sunni Empat Mazhab
Keywords:
Pembunuhan Separa Sengaja, Fiqh Jenayah Islam, Mazhab Sunni, Perbandingan MazhabAbstract
Pembunuhan separa sengaja (shibh al-‘amd) merupakan satu kategori jenayah yang
dibahaskan secara meluas dalam wacana fiqh Islam, terutamanya dalam kalangan empat
mazhab utama Sunni. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis definisi dan hukum pembunuhan
separa sengaja menurut perspektif mazhab Hanafi, Maliki, Syafi‘i, dan Hanbali melalui
pendekatan analisis perbandingan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan ketara
dalam mentakrifkan serta menetapkan bentuk dan hukuman terhadap pembunuhan separa
sengaja antara mazhab-mazhab tersebut, khususnya antara pandangan Imam Malik yang
menolak kewujudan kategori ini dengan pandangan jumhur fuqaha yang mengiktirafnya
sebagai satu kategori tersendiri. Kajian ini juga menilai dalil-dalil nas dan hujah akal yang
dikemukakan bagi menyokong kedudukan masing-masing, dan mendapati bahawa pendapat
jumhur yang menerima kewujudan shibh al-‘amd mempunyai asas yang lebih kukuh dari sudut
nas dan pengamalan fuqaha. Kesimpulannya, perbahasan mengenai shibh al-‘amd
mencerminkan dinamika perundangan Islam dalam menangani kes-kes pembunuhan yang
berlaku tanpa niat membunuh secara langsung, namun tetap membawa implikasi syariah yang
signifikan terhadap pelaku