Kaedah pengenalpastian maqasid al-syariah: Kajian perbandingan antara pemikiran ‘Izz Al-Din Abdul Salam dengan Ibn ‘Asyur

Authors

  • Norashikin Ahmad Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), 11800 USM, Pulau Pinang
  • Mohd Shukri Hanapi Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), 11800 USM, Pulau Pinang

Keywords:

kaedah, maqasid al-syariah, Izz al-Din Abdul Salam, Ibn ‘Asyur

Abstract

Maqasid al-syariah merupakan salah satu daripada disiplin ilmu usul fiqh. Ia mempunyai peranan penting dalam menyelesaikan permasalahan umat yang meliputi keseluruhan aspek kehidupan. Oleh itu, bagi mencapai matlamat syariat perlulah difahami dan diketahui secara terperinci kaedah pengenalpastian maqasid al-syariah supaya penggunaannya betul dan tepat. Hal ini disebabkan penggunaan maqasid al-syariah secara bebas tanpa penguasaan yang mahir mampu menyumbangkan kepada pemikiran liberal yang mengutamakan akal melebihi kehendak nas. Terdapat sebilangan ulama telah mengemukakan kaedah pengenalpastian maqasid al-syariah seperti ‘Izz al-Din Abdul Salam dan Ibn ‘Asyur. Persoalannya, apakah kaedah pengenalpastian maqasid al-syariah menurut pemikiran ‘Izz al-Din Abdul Salam dan Ibn ‘Asyur? Apakah perbezaan kaedah antara kedua-dua tokoh pemikiran maqasid al-syariah ini? Bertitik tolak daripada permasalahan tersebut, kajian ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, mengenal pasti kaedah pengenalpastian maqasid al-syariah menurut ‘Izz al-Din Abdul Salam dan Ibn ‘Asyur; dan kedua, menganalisis perbezaan kaedah pengenalpastian maqasid al-syariah antara ‘Izz al-Din Abdul Salam dengan Ibn ‘Asyur. Bagi mencapai kedua-dua objektif kajian, makalah ini menggunakan kaedah kualitatif. Data-data dikumpul melalui tinjauan dokumen, kemudian dianalisis menggunakan analisis kandungan. Hasilnya, kajian ini mendapati bahawa terdapat persamaan kaedah pengenalpastian iaitu iaitu al-Quran, Hadith dan istiqra, manakala perbezaan terdiri daripada lima kaedah iaitu ijmak, qiyas, istidlal, akal dan eksperimen atau pengalaman (tajribah).

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-30

How to Cite

Ahmad, N., & Hanapi, M. S. (2025). Kaedah pengenalpastian maqasid al-syariah: Kajian perbandingan antara pemikiran ‘Izz Al-Din Abdul Salam dengan Ibn ‘Asyur. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(73), 401–410. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3125