Bitcoin dan kesahan penggunaannya sebagai alat pembayaran menurut perspektif syariah. Journal of Islamic, Social, Economics and
Keywords:
Bitcoin, kesahan, alat pembayaran, status, hifz al-mal, syariahAbstract
Bitcoin adalah mata wang maya yang sangat popular dalam komuniti maya. Muncul dengan pelbagai inovasi dalam fokus mengubah sistem monetari dunia, bitcoin berhadapan dengan kekangan legitimasi, ketiadaan regulasi dan menjadi wadah kepada aktiviti pelanggaran undang-undang. Secara umumnya, artikel ini akan memfokuskan perbincangan tentang mekanisme operasi bitcoin dalam menetapkan kesahan penggunaan bitcoin sebagai alat pembayaran menurut syariah. Kajian ini berbentuk kualitatif. Kaedah yang digunakan ialah analisis kandungan dan data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dalam menerangkan operasi bitcoin sebagai alat pembayaran baru dalam sistem monetari semasa. Selain itu, kertas ini juga menyenaraikan beberapa pandangan ilmuan Islam berkaitan status bitcoin menurut syariah. Hasil perbincangan ini menjelaskan hujah dan sebab serta hukum penggunaan bitcoin sebagai alat pembayaran menurut syariah.