Ar-Rahnu: Kajian literatur secara global

Authors

  • Salimah Yahaya Academy Contemporary of Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu, Kampus Dungun, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Shahir Akram Hassan Research Centre of Islamic Development Management (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), 11800 Pulau Pinang, Malaysia
  • Hainnuraqma Rahim Faculty of Business and Management, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Melaka, Malaysia
  • Che Khadijah Hamid Academy Contemporary of Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu, Kampus Dungun, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
  • Surita Hartini Mat Hassan 5Academy Contemporary of Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang, Kampus Raub, Pahang, Malaysia
  • Sakinatul Raadiyah Abdullah Academy Contemporary of Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani, Merbok, Kedah, Malaysia

Keywords:

Ar-Rahnu, Pajak gadai Islam, Pajak gadai konvensional, pembiayaan mikro

Abstract

Ar-Rahnu atau pajak gadai Islam merupakan salah satu alat pembiayaan mikro bagi umat Islam. Keperluan yang semakin meningkat untuk mendapatkan perkhidmatan Ar-Rahnu dipengaruhi oleh kesedaran umat Islam mengenai faedah yang diperoleh melalui penggunaan perkhidmatan Ar-Rahnu. Sejajar dengan perkembangan ini, ahli akademik semakin berminat untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang kewangan mikro ini. Bagaimana sebenarnya keadaan perkhidmatan Ar-Rahnu di luar negara kerana Ar-Rahnu merupakan instrumen kewangan Islam yang tidak begitu dikenali di luar negara. Adakah Ar-Rahnu hanya beroperasi di Malaysia? Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengkaji kajian yang diterbitkan berkaitan produk kewangan mikro ini pada peringkat global. Artikel ini dilakukan untuk mengenal pasti trend penulisan atau pengkajian Ar-Rahnu secara global. Ulasan ini dilakukan untuk memberi manfaat kepada para sarjana Ar-Rahnu sekarang dan yang akan datang untuk mengenal pasti peluang penyelidikan pada masa hadapan berkaitan bidang ini. Secara khusus masih belum terdapat literatur yang boleh menjelaskan mengenai fenomena tersebut. Oleh itu, satu kajian khas perlu dilakukan untuk mengetahui secara mendalam tentang pasaran Ar-Rahnu di luar negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-30

How to Cite

Yahaya, S., Hassan, S. A., Rahim, H., Hamid, C. K., Mat Hassan, S. H., & Abdullah, S. R. (2025). Ar-Rahnu: Kajian literatur secara global. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(73), 323–330. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3117