Analisis penerapan elemen keimanan dan ketakwaan dalam pembangunan diri Badiuzzaman Said Nursi

Authors

  • Norullisza Khosim Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Mohd Shukri Hanapi Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), 11800 Penang, Malaysia
  • Ahmad Luqman Ayob Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), 11800 Penang, Malaysia.

Keywords:

Keimanan dan Ketakwaan, Badiuzzaman Said Nursi, Pembangunan Diri, Pembangunan Insan, Penerapan dan Pemerkasaan

Abstract

Badiuzzaman Said Nursi adalah seorang tokoh yang sangat dikenali, baik dalam kalangan masyarakat Turki mahupun di peringkat antarabangsa. Bukan sahaja dikenali ketika di zamannya, malah sehingga kini turut dikenali atas sumbangannya dalam pembangunan diri dan masyarakat yang tersebar luas menerusi kitab Kulliyyat Rasa’il al-Nur atau dikenali sebagai Risalah al-Nur. Dalam membangun diri dan masyarakat, antara elemen yang diterapkan ialah keimanan dan ketakwaan. Keimanan dan ketakwaan merupakan antara asas penting dalam proses tersebut. Tanpa keduanya, kehidupan akan berhadapan dengan keruntuhan dan kepincangan. Lebih membimbangkan, elemen ini dilihat semakin dilupakan kerana memberi penekanan kepada aspek lain dalam proses pembangunan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan menganalisis penerapan elemen keimanan dan ketakwaan dalam proses pembangunan diri Said Nursi. Kajian ini menetapkan dua objektif utama iaitu; pertama, mengenal pasti kepentingan elemen keimanan dan ketakwaan dalam pembangunan diri; kedua, menganalisis proses penerapan elemen keimanan dan ketakwaan dalam diri Said Nursi. Pengumpulan data bagi kajian ini dilakukan dengan penggunaan kaedah kajian dokumen, manakala bagi penganalisisan data mengguna pakai kaedah analisis kandungan. Hasil kajian memperlihatkan bahawa elemen keimanan dan ketakwaan merupakan asas penting dalam pembangunan diri setiap insan bagi mencapai kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Penerapan elemen ini juga perlu dilakukan bermula seawal usia, dan diperkasa sepanjang kehidupan. Dalam masa yang sama, proses penerapan elemen ini menuntut ta’awun (kerjasama) bukan sahaja daripada kedua ibu bapa, bahkan daripada institusi-institusi lainnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-30

How to Cite

Khosim, N., Hanapi, M. S., & Ayob, A. L. (2025). Analisis penerapan elemen keimanan dan ketakwaan dalam pembangunan diri Badiuzzaman Said Nursi. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(73), 299–308. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3115