Analisis isu syariah dalam perbankan digital: Kajian terhadap produk perbankan islam di Malaysia
Keywords:
Perbankan Digital, Maqasid Syariah, Kitaran EkonomiAbstract
Perbankan digital merupakan istilah yang diguna pakai bagi mengiktiraf penggunaan teknologi dalam perkhidmatan perbankan dan kewangan. Penggunaan sistem digital ini merangkumi produk, aplikasi, proses, dan model perniagaan kewangan yang telah berubah dari tradisional kepada moden. Namun, timbul persoalan adakah perbankan digital ini memberi impak kepada ekosistem kewangan serta adakah perbankan digital ini selari dengan ketetapan syariah. Selain itu kajian ini juga ingin melihat cabaran yang dihadapi oleh perbankan Islam dalam melaksanakan perbankan digital tersebut. Oleh hal yang demikian, kajian ini akan mengkaji kajian yang diterbitkan berkaitan bagaimana sesebuah perbankan Islam itu memastikan proses perbankan digital itu memberi kesan kepada kitaran ekonomi serta bertepatan dengan konsep syariah yang digariskan. Artikel ini juga merungkaikan cabaran yang dihadapi oleh perbankan Islam dalam melaksanakan kewangan digital pada masa kini. Oleh itu, artikel ini diharapkan dapat membantu dalam menghuraikan kewangan digital berdasarkan syariah serta menghuraikan cabaran-cabaran kepada perbankan Islam di Malaysia dalam melaksanakan perbankan digital.