Pendekatan nisab dan haul dalam zakat pendapatan: Implikasi terhadap penyedia kandungan
Keywords:
Zakat, Nisab Emas, Haul, Content CreatorAbstract
Pengenalan zakat dalam konteks ekonomi digital menjadi semakin kritikal, khususnya bagi golongan content creator yang menjana pendapatan melalui pelbagai platform dalam talian. Kajian ini menilai keberkesanan pendekatan nisab emas dan haul yang digunapakai oleh pusat-pusat zakat di Malaysia dalam menetapkan kewajiban zakat bagi golongan ini. Hal ini bertujuan untuk memahami secara lebih mendalam bagaimana konsep nisab dan haul perlu disesuaikan dengan pendapatan dalam ekonomi digital yang dinamik dan tidak tetap. Kaedah yang digunakan adalah temubual dengan pusat-pusat zakat; MAIWP, MUIP dan LZS serta menganalisis data temubual. Hasil kajian mendapati bahawa MAWIP dan MUIP Pahang mengakui bahawa haul tidak diperlukan untuk zakat pendapatan. LZS Selangor juga menambah bahawa pendapatan diterima bulanan. Nisab di seluruh institusi zakat menggunakan rujukan 85g emas, dan kadar zakat yang dikenakan adalah konsisten pada 2.5% di semua institusi. Selain itu, MAWIP dan MUIP Pahang sependapat mengenai penyedia kandungan yang dianggap dalam kategori zakat pendapatan. Namun, LZS Selangor lebih jelas dalam membezakan struktur kerja content creator, memberikan penjelasan terperinci mengenai klasifikasi berdasarkan status pekerjaan. LZS Selangor juga lebih menyeluruh dalam hal-hal syarikat atau pekerjaan individu, sedangkan MAWIP hanya menganggap mereka sebagai pendapatan profesional.