Analisis Literatur Sistematik (SLR) terhadap faktor penentu pembayaran zakat pendapatan dalam kalangan individu muslim di Negeri Pahang
Keywords:
Zakat Pendapatan, Faktor Penentu, Pematuhan, SLRAbstract
Kajian kesusasteraan yang luas telah melaporkan faktor-faktor berbeza yang mempengaruhi kepatuhan zakat pendapatan dalam kalangan individu Muslim di Malaysia. Pelbagai usaha dan kempen kesedaran telah dilakukan oleh pihak berkuasa zakat bagi memastikan pematuhan tersebut terus meningkat. Namun begitu, tahap pematuhan dan bilangan pembayar zakat pendapatan masih berada pada tahap yang belum memuaskan. Justeru, kajian ini akan mengenal pasti, mengkaji dan mensintesis faktor-faktor penentu kepatuhan zakat pendapatan dalam kalangan kakitangan individu berugama Islam di Negeri Pahang. Kajian ini dijalankan secara SLR dan emperikal terhadap literatur yang berkaitan dengan faktor pembayaran zakat pendapatan terbitan artikel antara tahun 2005 hingga 2021 melalui pangkalan data Google Scholar dan Scopus. Pendekatan SLR ini menggunapakai model Meta-analisis (PRISMA). Model PRISMA mencadangkan aliran maklumat dalam empat fasa iaitu pengenalan, saringan, kelayakan dan kemasukan. Kajian ini mendapati bahawa faktor penentu kepada pematuhan zakat pendapatan dipengaruhi oleh 5 tema utama iaitu 1) faktor psikologi, 2) faktor persekitaran, 3) faktor organisasi 4) faktor sosio demografi 5) faktor media. Kajian ini menyumbang kepada literatur dengan menyatukan kajian lepas berkaitan faktor penentu pematuhan zakat pendapatan dalam kalangan individu Muslim dan menawarkan beberapa implikasi kepada pengamal bagi melaksanakan strategi sewajarnya bagi meningkatkan kutipan zakat pendapatan di Negeri Pahang.