Penggunaan templat masalah kajian sebagai alat pedagogi dalam penyelidikan pasca siswazah pengajian Islam: Satu analisis
Keywords:
Templat masalah kajian, pedagogi penyelidikan, pasca siswazah, pengajian Islam, kajian kesAbstract
Artikel ini membincangkan peranan templat masalah kajian sebagai alat pedagogi dalam membantu pelajar pasca siswazah mengenal pasti, menyusun dan membina masalah kajian secara sistematik dalam bidang Pengajian Islam. Berdasarkan analisis ke atas tiga kajian kes berkaitan Qiraat, budaya berpantang wanita Melayu dan dakwah kepada komuniti nelayan pantai, artikel ini menilai bagaimana penggunaan templat membentuk struktur pemikiran ilmiah pelajar serta menyepadukan elemen literatur, konteks lapangan dan justifikasi syarak. Dapatan menunjukkan bahawa penggunaan templat bukan sekadar panduan teknikal, bahkan menjadi medium pemerkasaan epistemologi pelajar dalam penghasilan penyelidikan yang sahih dan relevan. Artikel ini turut membentangkan implikasi pedagogi dan cadangan pengukuhan pelaksanaannya dalam latihan penyelidikan di institusi Islam.