Persepsi Guru Pendidikan Islam terhadap tekanan kerja

Authors

  • Zuraimy Ali Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA cawangan Perlis (UiTM), Malaysia,
  • Noraini Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA cawangan Perlis (UiTM), Malaysia,
  • Nadiyah Hashim Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA cawangan Perlis (UiTM), Malaysia,
  • Nurul Farhana Yahya Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA cawangan Perlis (UiTM), Malaysia,
  • Nur Fatin Nabilah Shahrom Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA cawangan Perlis (UiTM), Malaysia,
  • Nurliyana Mohd Mohd Talib Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA cawangan Perlis (UiTM), Malaysia,

Keywords:

Tekanan kerja dan guru pendidikan Islam

Abstract

Kajian ini menumpukan kepada konsep tekanan kerja dan persepsi guru pendidikan Islam bagi negeri Perlis dan Kedah terhadap tekanan kerja. Kajian adalah berbentuk kuantitatif dan bertujuan untuk melihat tekanan kerja yang dialami oleh guru pendidikan Islam dalam melaksanakan dasar memperkasakan pendidikan Islam yang tertumpu di sekolah kebangsaan negeri Perlis dan Kedah sahaja. Kaedah kuantitatif dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik Teacher Stress Inventory yang dibangunkan oleh Dr. Michael J. Fimian(1988). Sampel kajian melibatkan guru pendidikan Islam seramai 389 responden. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 21 bagi mendapatkan dapatan kajian yang berbentuk deskriptif dan inferensi. Dapatan menunjukkan bahawa tekanan kerja yang dialami oleh guru pendidikan Islam berada pada tahap yang sederhana. Selain itu, tekanan kerja yang dirasai oleh guru pendidikan Islam adalah sama tanpa mengira faktor demografi responden. Diharap kajian ini dapat membantu mengenalpasti tekanan kerja dan seterusnya mencari jalan penyelesaian tersebut.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-15

How to Cite

Ali, Z., Ismail, N., Hashim, N., Yahya, N. F., Shahrom, N. F. N., & Mohd Talib, N. M. (2025). Persepsi Guru Pendidikan Islam terhadap tekanan kerja. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(73), 23–39. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3069