Keistimewaan Kitab Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah Karya al-Farabi sebagai warisan peradaban Masyarakat Madani

Authors

  • Noraini Junoh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Kampus Machang, Bukit Ilmu 18500 Machang, Kelantan
  • Mohd Nazri Mat Zin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Kampus Machang, Bukit Ilmu 18500 Machang, Kelantan
  • Zanirah Mustafa@Busu Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Kampus Machang, Bukit Ilmu 18500 Machang, Kelantan

Keywords:

Ahl al-Madinah, al-Farabi, Peradaban, Madani

Abstract

Karya turath, seperti yang dihasilkan oleh pemikir seperti al-Farabi, Ibn Sina, atau Imam al-Ghazali, sering kali memaparkan idea-idea yang berkaitan dengan realiti sosial dan politik pada zamannya. Namun, kandungannya perlu difahami dengan tepat supaya tetap relevan dalam konteks masa kini terutama masyarakat madani pada hari ini. Kekurangan pemahaman konteks ini juga boleh menyebabkan kesalahan dalam memahami ajaran-ajaran yang disampaikan. Kajian ini bertujuan mengupas keistimewaan kitab Kitab Ara' Ahl al-Madinah al-Fadilah karya al-Farabi dan kepentingannya dalam konteks masyarakat madani. Metodologi pengumpulan dan analisis data kajian kualititatif ini berdasarkan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan teks kitab Ahl al-Madinah. Ia merupakan salah satu karya klasik yang memiliki nilai luar biasa sebagai warisan intelektual dan peradaban masyarakat madani. Karya ini mengemukakan pandangan falsafah mengenai masyarakat ideal yang berlandaskan keadilan, kebijaksanaan, dan kebahagiaan. Hasilnya keistimewaan kitab ini terletak pada integrasi harmonis antara etika, politik, dan teologi dalam mewujudkan aturan sosial yang beradab. Sebagai warisan intelektual, kitab ini tetap relevan dalam perbincangan kontemporari tentang konsep masyarakat madani, pemerintahan yang adil, serta hubungan antara agama dan politik. Pemikiran al-Farabi ini memberikan inspirasi bagi pembangunan peradaban yang berasaskan moral, ilmu, dan keadilan, menjadikannya salah satu landasan penting dalam tradisi keilmuan Islam dan perkembangan pemikiran politik di dunia Islam dan Barat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-06-15

How to Cite

Junoh, N., Mat Zin, M. N., & Mustafa@Busu, Z. (2025). Keistimewaan Kitab Ara’ Ahl al-Madinah al-Fadilah Karya al-Farabi sebagai warisan peradaban Masyarakat Madani. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(73), 11–22. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3068