Kefahaman ajaran agama berkaitan pekerjaan dan pemilikan harta dalam kalangan fakir miskin di Sungai Petani, Kedah

Authors

  • Nur Awanis Mohamad Mahayudin School of Social Sciences, Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia
  • Prof. Madya Dr School of Social Sciences, Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysia

Keywords:

kemiskinan, Islam, kefahaman agama, pekerjaan, pemilikan harta

Abstract

Kajian ini meneliti hubungan antara kefahaman ajaran Islam dengan isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat Islam di Sungai Petani, Kedah. Meskipun Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha serta membantu sesama insan melalui kaedah seperti zakat, masih ramai masyarakat Islam yang hidup dalam kemiskinan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual separa berstruktur dengan lima orang responden fakir miskin di Sungai Petani, Kedah. Dapatan menunjukkan kefahaman terhadap ajaran Islam berkaitan kerja dan pemilikan harta dalam kalangan responden masih rendah dan kebanyakan daripada mereka lebih cenderung untuk reda dan bergantung kepada bantuan berbanding berusaha keluar daripada kepompong kemiskinan. Kajian ini mencadangkan agar ilmu pendidikan agama ditambah baik dengan penekanan kepada aspek ekonomi Islam dan tanggungjawab terhadap diri dan masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-07-15

How to Cite

Mohamad Mahayudin, N. A., & Samsurijan, M. S. (2025). Kefahaman ajaran agama berkaitan pekerjaan dan pemilikan harta dalam kalangan fakir miskin di Sungai Petani, Kedah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(73), 893–904. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3066