Kesan hendap siber terhadap kesihatan mental pengguna media sosial
Keywords:
Hendap siber, Teknologi komunikasiAbstract
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesan hendap siber terhadap kesihatan mental pengguna media sosial dan menentukan tiga pemboleh ubah iaitu tren hendap siber, faktor berlakunya hendap siber, kesan hendap siber terhadap kesihatan mental pengguna media sosial, dengan aktiviti hendap siber. Populasi bagi kajian ini adalah melibatkan penduduk di Perlis yang terdiri daripada pelbagai latar belakang demografi. Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada 130 orang responden yang dipilih menggunakan teknik persampelan secara rawak. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang berbentuk “Google Form” bagi mendapatkan data kajian. Analisis data yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis statistik deskriptif, dan inferensi. Analisis hipotesis kajian juga digunakan untuk menguji hubungan antara aktiviti hendap siber dengan pemboleh ubah. Hasil kajian mendapati ketiga-tiga objektif berjaya dicapai dan ketiga-tiga hipotesis boleh diterima. Selain itu, hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan paling signifikan adalah hipotesis ketiga iaitu terdapat hubungan yang signifikan antara kesan hendap siber terhadap kesihatan mental pengguna media sosial dengan aktiviti hendap siber.