Peranan kepimpinan dalam mengurus konflik organisasi: Satu kerangka islam

Authors

  • Norhafizah Abdul Halim Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA, Sungai Petani, 08400 Kedah, Malaysia
  • Shahid Azim Mohd Saufi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA, Sungai Petani, 08400 Kedah, Malaysia
  • Norhaizan Abdul Halim Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau, Jasin, 77300, Melaka, Malaysia

Keywords:

Kepimpinan berteraskan Islam, konflik, pengurusan konflik organisasi

Abstract

Kajian ini bertujuan meneliti dan menganalisis aspek kepimpinan berteraskan Islam dalam pengurusan konflik di organisasi. Konflik telah lama menjadi fokus perbincangan dalam bidang pengurusan organisasi dan penyelidikan kumpulan. Fenomena kewujudan konflik tidak boleh dielakkan dalam sistem organisasi yang semakin kompleks. Hubungan antara pekerja dengan pemimpin dalam organisasi amat penting bagi memastikan kelangsungan prestasi dan meningkatkan produktiviti organisasi. Ini kerana kepimpinan merupakan salah satu elemen penting dalam menguruskan konflik yang sering berlaku. Kepimpinan berteraskan Islam dilihat berupaya menjadi pendekatan terbaik dalam pengurusan konflik organisasi. Persoalannya, apakah konsep kepimpinan dalam Islam dan bagaimanakah konsep kepimpinan Islam dapat dijadikan panduan dalam pengurusan konflik di organisasi? Bagi menjawab persoalan ini, perbincangan dalam kertas kerja ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, mengenal pasti konsep kepimpinan berteraskan Islam; dan kedua, membincangkan konsep kepimpinan berteraskan Islam dalam pengurusan konflik organisasi. Kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan ini mendapati bahawa konsep kepimpinan Islam yang adalah berpandukan al-Quran dan al-Sunnah serta dengan meneladani tokoh pemimpin teragung iaitu Nabi Muhammad saw. Strategi Rasulullah saw perlu dijadikan pendekatan dalam pengurusan konflik organisasi kerana mempunyai ciri-ciri seperti keadilan, kesaksamaan, kesatuan dan kepelbagaian serta didasari oleh elemen kebijaksanaan, keikhlasan dan bersangka baik.  

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-25

How to Cite

Abdul Halim, N., Mohd Saufi, S. A., & Abdul Halim, N. (2025). Peranan kepimpinan dalam mengurus konflik organisasi: Satu kerangka islam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(72), 256–266. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3010