Cabaran perundangan dan kawal selia ke atas sekolah tahfiz berasaskan wakaf di Malaysia

Authors

  • Nurul Mazrah Manshor Faculty of Law, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah, Malaysia,
  • Rohayati Hussin Faculty of Law, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah, Malaysia,
  • Nur Irinah Mohamad Sirat Faculty of Law, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah, Malaysia,
  • Sarirah Che Rose Faculty of Law, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah, Malaysia,
  • Farahdina Fazial Academy of Contemporary Islamic Studies, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah, Malaysia

Keywords:

Wakaf, Sekolah Tahfiz, Perundangan, Kawal Selia, Pengurusan Wakaf

Abstract

Kajian ini mengkaji cabaran perundangan dan kawal selia dalam penubuhan serta pengurusan sekolah tahfiz berasaskan wakaf di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan deskriptif analitik untuk menilai cabaran perundangan dan kawal selia dalam penubuhan institusi ini. Data utama diperoleh daripada Perlembagaan Persekutuan (Jadual Kesembilan, Senarai II, Senarai Negeri), Enakmen-enakmen Wakaf Negeri, dan Akta Pendidikan 1996, yang menjadi rujukan dalam pentadbiran wakaf. Kajian mendapati terdapat perbezaan ketara dalam undang-undang wakaf di peringkat negeri, yang membawa kepada ketidakseragaman tadbir urus dan ketidakcekapan operasi. Selain itu, kajian mengenal pasti kerumitan birokrasi, kerjasama di antara pihak berkuasa, kewangan, dan kesedaran masyarakat sebagai halangan utama untuk mengoptimumkan potensi wakaf dalam bidang pendidikan. Dengan meneliti analisis perbandingan daripada amalan di Indonesia dan Singapura, beberapa langkah strategik dicadangkan bagi memperkukuh kedudukan sekolah tahfiz berasaskan wakaf. Ini termasuk usaha menyelaraskan undang-undang wakaf di peringkat kebangsaan, menubuhkan entiti khas untuk pembangunan wakaf pendidikan, memperbaiki sistem pendaftaran dan pemantauan sekolah tahfiz, serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai wakaf sebagai sumber pembiayaan pendidikan. Perkongsian strategik antara kerajaan, sektor swasta, dan institusi pendidikan juga perlu diperkukuh bagi memastikan pembangunan sekolah tahfiz berasaskan wakaf lebih sistematik dan mampan. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada wacana pendidikan tahfiz negara dengan mengemukakan cadangan dasar dan intervensi strategik bagi memperkukuhkan peranan wakaf dalam pembangunan sekolah tahfiz yang mampan dan inklusif.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-25

How to Cite

Manshor, N. M., Hussin, R., Mohamad Sirat, N. I., Che Rose, S., & Fazial, F. (2025). Cabaran perundangan dan kawal selia ke atas sekolah tahfiz berasaskan wakaf di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(72), 197–218. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3006