Meneroka strategi kebolehpekerjaan graduan dalam bidang terapi kecantikan dan Spa

Authors

  • Ifa Herliani Ismail School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia, Minden, Penang, Malaysia
  • Md. Baharuddin Abdul Rahman School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia, Minden, Penang, Malaysia

Keywords:

TVET, Terapi Kecantikan dan Spa, latihan amali, penguasaan kemahiran teknikal, kemahiran insaniah, keusahawanan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka strategi kebolehpekerjaan dalam kalangan graduan Kursus Terapi Kecantikan dan Spa melalui kaedah Nominal Group Technique (NGT). Dari segi peningkatan kadar pengangguran dalam kalangan graduan bidang kemahiran, adalah penting untuk mengenal pasti strategi berkesan yang boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka. Seramai 7 pakar yang berpengalaman dalam bidang latihan industri Terapi Kecantikan dan Spa dari beberapa Kolej Komuniti di zon utara dan juga zon selatan d mana kolej tersebut menawarkan kursus Terapi Kecantikan dan Spa telah terlibat sebagai peserta kajian. Kaedah NGT digunakan bagi memperoleh pandangan yang berstruktur dan menyeluruh mengenai strategi yang dianggap paling relevan dan praktikal oleh pakar sendiri. Proses NGT dijalankan dalam empat sesi berasingan, merangkumi fasa penjanaan idea, perkongsian, perbincangan, dan pemeringkatan. Hasil kajian menunjukkan empat strategi utama yang dikenal pasti oleh pakar iaitu: latihan amali, penguasaan kemahiran teknikal, kemahiran insaniah serta sokongan elemen keusahawanan.  Dapatan ini mencerminkan keperluan untuk memperkukuh pendekatan pembelajaran yang holistik, merangkumi aspek teknikal dan bukan teknikal, selari dengan kehendak industri semasa. Kajian ini mencadangkan  supaya pihak institusi pendidikan dan pembuat dasar memberi perhatian terhadap strategi-strategi ini dalam merangka kurikulum serta program intervensi yang lebih berfokus kepada kebolehpekerjaan. Secara keseluruhan, penggunaan teknik NGT berjaya menyediakan platform efektif untuk mengenal pasti keutamaan strategi daripada perspektif pakar sendiri, sekali gus menyumbang kepada pembangunan modal insan yang lebih bersedia memasuki pasaran kerja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-25

How to Cite

Ismail, I. H., & Abdul Rahman, M. B. (2025). Meneroka strategi kebolehpekerjaan graduan dalam bidang terapi kecantikan dan Spa. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(72), 166–176. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/3004