Pendekatan self-compassion dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi remaja: satu analisis strategik menggunakan NGT

Authors

  • Noor Azimah Muhammad Noor Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
  • Nor Shafrin Ahmad Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
  • Siti Nordarma Ab Rahman Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Keywords:

belas ihsan terhadap diri, kesejahteraan psikologi, NGT, remaja, self-compassion

Abstract

Kesejahteraan psikologi merupakan aspek penting dalam pembangunan emosi remaja. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi meningkatkan kesejahteraan psikologi berdasarkan pendekatan self-compassion dalam kalangan remaja sekolah menengah. Kaedah Nominal Group Technique (NGT) digunakan melibatkan tujuh orang pakar dalam bidang kaunseling dan psikologi. Sesi NGT dilaksanakan secara dalam talian melalui Google Meet bagi memperoleh cadangan dan konsensus terhadap item-item yang mewakili tiga konstruk utama self-compassion: self-kindness, common humanity dan mindfulness, serta implikasi terhadap kesejahteraan psikologi. Keputusan menunjukkan kesemua 12 item yang dibincangkan dinilai sebagai sesuai dengan skor peratusan antara 80.95% hingga 100%. Panel pakar menekankan pentingnya komunikasi dalaman yang positif, penerimaan emosi tanpa penghakiman, serta kesedaran bahawa cabaran hidup adalah pengalaman sejagat. Dapatan ini memberi asas kukuh untuk pembangunan program intervensi berasaskan self-compassion yang relevan bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi remaja secara menyeluruh.

Downloads

Downloads

Published

2025-04-25

How to Cite

Muhammad Noor, N. A., Ahmad, N. S., & Ab Rahman, S. N. (2025). Pendekatan self-compassion dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi remaja: satu analisis strategik menggunakan NGT. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(72), 131–140. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2999