Keperluan penggunaan pelbagai strategi pengajaran dalam modul PDP seni lukisan bagi guru bukan opsyen pendidikan seni visual.
Keywords:
Strategi pengajaran, guru bukan opsyen, Pendidikan Seni Visual, temu bual kumpulanAbstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan pelbagai strategi pengajaran dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) bagi guru bukan opsyen Pendidikan Seni Visual. Analisis keperluan dijalankan untuk mengenal pasti strategi pengajaran yang bersesuaian dan diperlukan oleh guru bukan opsyen Pendidikan Seni Visual bagi memudahkan sesi PDP dijalankan di dalam kelas. Kajian dijalankan berdasarkan objektif pertama kajian dan dapatan temu bual secara individu yang terdahulu. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual secara berkumpulan melibatkan 7 responden yang terdiri daripada 5 orang guru bukan opsyen dan 2 guru cemerlang Pendidikan Seni Visual. Dapatan akan dianalisis secara tematik bagi menentukan strategi pengajaran yang paling bersesuaian untuk guru bukan opsyen yang menjalankan sesi pengajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.