Keberkesanan Model Perkhidmatan Ar-Rahnu dalam menangani ketidaktentuan ekonomi: Satu analisis literatur

Authors

  • Anisah Nasib Pensyarah, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
  • Muhammad Solihin Yaakub Pensyarah, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
  • Mohd Noor Daud Pensyarah, Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),

Keywords:

Ar-rahnu, Ketidaktentuan Ekonomi dan Usahawan Mikro

Abstract

Model perkhidmatan ar-rahnu merupakan satu alternatif kewangan Islam yang telah lama diiktiraf sebagai mekanisme sokongan eknonomi yang inklusif dan patuh syariah. Dalam konteks ekonomi global, ketidaktentuan ekonomi termasuk inflasi, krisis kewangan dan ketidakseimbangan pasaran telah memberi impak besar terhadap kestabilan kewangan individu dan perniagaan kecil terutama golongan berpendapatan rendah. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan perkhidmatan ar-rahnu dalam menangani isu cabaran dan ekonomi semasa melalui pendekatan analisis literatur sistematik. Dengan menggunakan panduan PRISMA (Preferred Reporting Items for Systematic Review and Meta-Analyses), kajian ini mengumpulkan, menyaring dan menganalisis artikel akademik dan laporan empirikel yang diterbitkan dalam tempoh lima tahun terakhir. Hasil kajian menunjukkan bahawa perkhidmatan ar-rahnu bukan sahaja memainkan peranan penting dalam menyediakan akses kepada modal bagi usahawan mikro tetapi juga membantu mengurangkan beban kewangan golongan B40 ketika menghadapi ketidaktentuan ekonomi. Beberapa cadangan juga dikenal pasti termasuk penambahbaikan dasar dan peraturan serta inovasi dalam produk dan perkhidmatannya. Kajian ini turut membahaskan potensi penyelesaian strategik untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut seperti peningkatan penggunaan teknologi kewangan dan pengukuhan kerjasama antara institusi kewangan Islam. Penemuan ini memberikan implikasi penting bagi penggubal dasar, institusi kewangan dan penyedia perkhidmatan ar-rahnu dalam memastikan keberkesanan model ini sebagai sokongan ekonomi yang mampan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-04-25

How to Cite

Nasib, A., Yaakub, M. S., & Daud, M. N. (2025). Keberkesanan Model Perkhidmatan Ar-Rahnu dalam menangani ketidaktentuan ekonomi: Satu analisis literatur. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(72), 74–85. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2995