Zakat on shari’ah gold investment: A conceptual review in Malaysia
Keywords:
Zakat, emas pelaburan, Syariah, urf, haul, nisabAbstract
Di Malaysia, terdapat tiga platform pelaburan emas iaitu emas fizikal, akaun pelaburan emas dan emas maya. Pelaburan emas fizikal termasuk jongkong emas, syiling emas dan emas perhiasan. Sejak perkembangan sistem perbankan, Akaun Pelaburan Emas (GIA) atau Akaun Simpanan Emas (GSA) mula muncul bermula dari tahun 2010 di Malaysia. Terdapat dua pendekatan pelaburan emas di Malaysia iaitu pelaburan emas berasaskan syariah dan pelaburan emas berasaskan konvensional. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengkaji pelaburan emas patuh syariah di Malaysia dan zakat yang dikenakan ke atasnya. Umat Islam mestilah memilih dan terlibat dalam produk dan perkhidmatan berasaskan syariah dalam kehidupan seharian. Pembekal perkhidmatan emas mesti mematuhi keperluan intipati Syariah pada transaksi emas untuk mengelakkan perlanggaran undang-undang Syariah, terutamanya emas sebagai barangan ribawi yang mudah berkait dengan riba. Oleh itu, artikel ini menggunakan kaedah kajian konseptual berkaitan pelaburan emas dan perlaksanaan zakat ke atasnya. Kesimpulannya, emas fizikal wajib dizakatkan sekiranya ada niat pelaburan dan berat emas mencukupi nisab 85 gram atau lebih. Emas perhiasan wanita wajib dizakatkan apabila jumlah beratnya melebihi ‘uruf. Kadar zakat emas ini hanya 2.5% sahaja didarabkan dengan nilai berat emas atau lebih mengikut berat akhir secara keseluruhan. Terdapat juga pelaburan emas yang tidak patuh syarak iaitu pelaburan emas yang berbentuk akaun yang tidak mempunyai emas fizikal serta pelaburan emas secara alam maya (elektronik). Semoga kajian ini boleh membantu dan memberi sedikit pencerahan ke arah pelaburan emas Syariah dari konteks Malaysia dan perlaksanaan zakat ke atasnya