Adaptasi budaya perkahwinan ke dalam majlis pertunangan: Satu analisa dalam konteks budaya konsumerism ke atas peningkatan kos pelaksanaan majlis pertunangan
Keywords:
Budaya Konsumerisme, Ritual, Komoditi Perkahwinan, Majlis Pertunangan, Orang MelayuAbstract
Kajian ini mengenai budaya konsumerisme dalam konteks pengadaptasi komoditi perkahwinan ke dalam majlis pertunangan orang Melayu B40 di Pulau Pinang. Permasalahnya yang timbul adalah pengadaptasian komoditi perkahwinan ke dalam majlis pertunangan bukan sahaja memperkayakan budaya ‘rites de passage’ orang Melayu tetapi pada masa yang sama menyebabkan berlakunya peningkatan kos dalam perlaksanaan majlis pertunangan. Kajian ini menggunakan teknik temu bual mendalam ke atas 15 orang informan wanita yang sudah bertunang, melaksanakan majlis pertunangan dan tinggal disekitar Pulau Pinang. Pemilihan informan wanita sebagai sampel dalam kajian ini adalah secara ritualnya, majlis pertunangan orang Melayu dilaksanakan di sebelah pihak wanita. Oleh kerana kajian ini menggunakan pendekatan fenomenologi, makanya kaedah temu bual mendalam sangat bersesuaian untuk digunakan. Dengan kaedah ini, penyelidik boleh meneroka pemikiran, emosi, dan persepsi peserta dengan lebih teliti, serta membolehkan informan berkongsi pengalaman mereka secara terbuka. Hal ini membantu memastikan keaslian data yang dikumpulkan, yang penting untuk mengungkap esensi fenomena yang dikaji. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa komoditi perkahwinan seperti penggunaan tema pertunangan, pelamin, cenderamata pertunangan dan penggunaan perkhidmatan juru gambar perkahwinan telah diapliksikan dalam majlis pertunangan orang Melayu kini. Secara kesimpulannya walaupun pengaplikasian penggunaan komoditi perkahwinan dalam majlis pertunangan berperanan penting dalam mengukuhkan identiti budaya Melayu yang mencerminkan adat dan nilai-nilai Melayu, namun pada masa yang sama penggunaan komoditi perkahwinan dalam majlis pertunangan boleh menjadi beban ekonomi, terutamanya dalam konteks peningkatan kos dalam melaksanakannya pada masa kini.