Peningkatan gangguan kesihatan mental dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.

Increase in mental health disorders among students of higher education institutions

Authors

  • Faisal Husen Ismail Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor, Malaysia
  • Muhammad Masruri Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor, Malaysia
  • Nur Zainatul Nadra Zainol Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor, Malaysia
  • Muhammad Ikram Abu Hasan Department Curriculum and Instruction, Kulliyyah of Education, IIUM, Malaysia,
  • Shakila Ahmad Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor, Malaysia
  • Andri Nirwana Universitas Muhammadiyah Surakarta, Jawa Tengah, Indonesia

Keywords:

Kesihatan mental, Remaja, Institusi pendidikan tinggi

Abstract

Kesihatan mental ialah tahap kesejahteraan psikologi atau ketiadaan penyakit mental. Isu kesihatan mental dalam kelangan pelajar di peringkat institusi pendidikan tinggi semakin membimbangkan. Dalam menempuh pendidikan di peringkat tinggi, pelajar berdepan cabaran akademik, sosial dan peribadi yang kerap memberi kesan kepada tekanan kepada pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kesihatan mental pelajar universiti; mengkaji keberkesanan program serta cadangan untuk meningkatkan kesejahteraan mental pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah kepustakaan dengan merujuk kepada penulisan buku, jurnal mahupun keratan akhbar digunakan bagi mendapat data sekunder kepada kajian ini. Data primer kajian ini diperolehi melalui satu set soal selidik menggunakan Google Form. Soal selidik telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp serta telah dijawab seramai 80 responden dalam kalangan pelajar UTHM. Hasil kajian menunjukkan 71.3% responden menghadapi tekanan daripada pembelajaran, 45% daripada persekitaran, 23.8% daripada keluarga, dan 22.5% daripada hubungan dengan rakan-rakan. Tekanan akademik adalah punca utama yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental pelajar di UTHM, diikuti oleh tekanan daripada persekitaran dan hubungan sosial. Kajian juga mendapati pelbagai cara yang digunakan pelajar untuk mengatasi tekanan, antaranya 63.5% mendengar lagu, 47.3% tidur, 44.6% bermain permainan video, 39.2% beriadah, dan 31.1% makan. Pelajar menggunakan pendekatan strategi kendiri dengan mendengar lagu dan tidur adalah antara cara yang paling popular. Kajian itu mencadangkan bahawa universiti meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental melalui kempen dan program yang lebih interaktif dan menarik. Program yang berasaskan ceramah perlu ditambahbaik agar lebih memikat mahasiswa dan tidak membosankan. Selain itu, sokongan akademik yang lebih baik, termasuk kaunseling akademik dan pengurusan masa, untuk membantu pelajar mengatasi tekanan akademik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-31

How to Cite

Husen Ismail, F., Masruri, M., Zainol, N. Z. N., Abu Hasan, M. I., Ahmad, S., & Nirwana, A. (2024). Peningkatan gangguan kesihatan mental dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.: Increase in mental health disorders among students of higher education institutions. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(68), 319–330. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2748