Covid-19: Konflik kerja-keluarga dalam kalangan polis wanita pdrm ke atas kesejahteraan emosi

Authors

  • Norfazlina Farid Fakulti Ekonomi dan Pengurusan , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia,
  • Abdullah Sanusi Othman Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia,
  • Ishak Abd Rahman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia,
  • Azmi Aziz Fakulti Ekonomi dan Pengurusan , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia,
  • Lokhman Hakim Osman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia,

Keywords:

Covid-19, Konflik Kerja-Keluarga, Kesejahteraan Emosi, Polis Wanita, PDRM

Abstract

Pandemik Covid-19 yang berlaku pada Mac 2020 telah membawa satu perubahan besar dalam kehidupan masyarakat dunia termasuk Malaysia. Perintah kawalan pergerakan (PKP) telah dilaksanakan sebagai respon memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19. Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasa PKP dengan melaksana sekatan jalan raya dan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard. Pelaksanaan PKP ini telah memberi impak terhadap masyarakat termasuklah golongan wanita yang bekerjaya terutama dari kalangan polis wanita sendiri. Ada sebahagian industri terpaksa diberhentikan seketika dan ada juga yang diarahkan bekerja dari rumah. Walau bagaimanapun, situasi ini lebih mencabar bagi polis wanita dalam memenuhi komitmen sebagai penguatkuasa barisan hadapan dan pengurus rumah tangga dimana menuntut mereka bertugas dilapangan demi menjaga kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara. Penemuan awal menunjukkan bahawa wanita yang bekerja dari rumah lebih berkemungkinan berasa berpuas hati dengan maklum balas pengurusan berbanding mereka yang bekerja di barisan hadapan. Mereka yang tidak bekerja dari rumah melaporkan tahap tekanan yang lebih tinggi (Jenny Fleming & Jennifer Brown, 2021). Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka konflik kerja-keluarga yang dihadapi oleh golongan ini di era pandemik Covid-19 serta menilai kesannya ke atas kesejahteraan emosi mereka. Kaedah kualitatif menerusi temubual mendalam telah dilaksanakan ke atas 10 informan termasuk 4 anggota wanita dan 6 pegawai wanita PDRM. Hasil kajian mendapati bahawa konflik peranan dalam kalangan polis wanita tercetus kerana beban tugas berlebihan, pengurusan masa dan anak, dan masalah kesejahteraan emosi. Kajian ini menekankan kepentingan agensi penguatkuasaan untuk mengambil tindakan dan memainkan peranan dalam meminimumkan masalah atau cabaran tersebut. Kajian ini mencadangkan bahawa kepimpinan yang berkesan dapat mengurangkan risiko tekanan dan meningkatkan prestasi kerja dalam kalangan anggota polis. Hasil kajian memberi implikasi keatas penguatkuasaan efektif pasukan keselamatan dalam melaksana tanggungjawab melindungi keselamatan awam dan menjaga keamanan negara sewaktu tempoh pandemik. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-02-05

How to Cite

Farid , N., Othman, A. S., Abd Rahman, I., Aziz, A., & Osman, L. H. (2025). Covid-19: Konflik kerja-keluarga dalam kalangan polis wanita pdrm ke atas kesejahteraan emosi. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(69), 99–125. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2723