Pengaruh modal sosial terhadap pembelajaran organisasi di organisasi awam
Keywords:
Modal Sosial, Pembelajaran OrganisasiAbstract
Seiring dengan kemajuan teknologi, sektor awam tidak boleh merasa selesa dengan keadaan yang ada sekarang dan kekal dalam status quo. Kakitangan awam perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan melalui pembelajaran organisasi secara berterusan sama ada formal ataupun tidak formal bagi memastikan sumber manusia sektor awam sentiasa ke hadapan. Pembelajaran di dalam sesebuah organisasi adalah peningkatan keupayaan organisasi untuk mendapatkan, menyebarkan dan menggunakan maklumat atau pengetahuan dengan matlamat akhir khusus untuk menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan luar dan dalam yang digunakan A.S, F., & Arief, M. (2017)Pembelajaran organisasi adalah penting untuk menerapkan budaya sentiasa meningkatkan pengetahuan dikalangan kakitangan organisasi seterusnya dapat meningkatkan kompetensi mereka. Kebelakangan ini, modal sosial mula menjadi perhatian para penyelidik dalam membincangkan pembangunan organisasi. Modal sosial ialah konsep baharu yang memainkan peranan yang tidak kurang penting dengan modal insan dan fizikal. Konsep ini telah digunakan secara meluas dalam bidang sosiologi dan ekonomi dan mula turut digunakan dalam pengurusan dan pembangunan organisasi. Organisasi yang mempunyai modal sosial yang kuat boleh mempunyai capaian segera kepada pelbagai maklumat untuk mencipta prestasi yang inovatif. Coleman (1994) percaya bahawa modal sosial individu adalah keupayaan untuk memberi manfaat antara satu sama lain melalui rangkaian sosial atau lain-lain struktur sosial. Justeru, artikel ini cuba untuk mengkaji bagaimana dimensi modal sosial (struktur, kognitif dan hubungan) boleh mempengaruhi pembelajaran organisasi. Hasil kajian menunjukkan modal sosial mempunyai pengaruh penting terhadap pembelajaran organisasi di organisasi awam.