Tahap kesedaran dan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan: Kajian di industri pembuatan

Authors

  • Nurul Syafiqah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia,
  • Lokhman Hakim Osman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia,
  • Ishak Abd Rahman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia,
  • Azmi Aziz Fakulti Ekonomi dan Pengurusan , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia,

Keywords:

Kesedaran, Pengetahuan, Sikap, Amalan Keselamatan

Abstract

Industri Pembuatan telah memberi banyak sumbangan kepada perkembangan ekonomi Malaysia. Amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang cemerlang di dalam sesebuah organisasi merupakan aspek penting kepada perkembangan industri ini. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesan kesedaran berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) terhadap amalan KKP. Antara komponen yang dikaji dalam kajian ini adalah pengetahun dan sikap individu terhadap amalan keselamatan sendiri. Kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif dan kaedah analisis data kajian menggunakan Analisis Regresi Linear Berganda di mana pemboleh ubah tidak bersandar merupakan pengetahuan dan sikap, manakala pemboleh ubah bersandar adalah amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Implikasi kepada pihak pengurusan adalah mereka dapat menambahbaik amalan keselamatan dalam organisasi mereka. Selain itu, akan mendorong inisiatif bagi merangka tindakan yang berkaitan untuk meningkatkan tahap kesedaran berkenaan keselamatan. Antara tindakan yang boleh di ambil adalah dengan meningkatkan ilmu keselamatan serta melaksanakan latihan-latihan susulan secara berkala bergantung kepada keperluan individu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-02-05

How to Cite

Nurul Syafiqah, Osman, L. H., Abd Rahman, I., & Aziz , A. (2025). Tahap kesedaran dan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan: Kajian di industri pembuatan. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(69), 152–169. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2721