Keperluan garis panduan penentuan wali ke atas harta anak bawah umur pada kontrak hibah di Malaysi
Keywords:
Hibah, anak bawah umur, wali ke atas harta, Mahkamah SyariahAbstract
Hibah merupakan salah satu instrumen untuk memastikan harta yang dimiliki berpindah milik kepada individu yang diingini oleh pemilik harta. Kebanyakan ibu bapa memberikan harta kepada anak-anak mereka melalui instrumen hibah. Bagi anak yang masih kecil, sekiranya hibah hendak diberikan kepada mereka, hendaklah melalui wali atau pemegang amanah yang dilantik oleh wali. Namun begitu, terdapat perbezaan penghakiman Hakim Syarie dengan peruntukan yang telah dinyatakan dalam statut undang-undang sedia ada mengenai wali ke atas harta yang dilantik di samping peranan wali ke atas harta anak bawah umur pada kontrak hibah tidak dinyatakan dalam peruntukan undang-undang berkenaan. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk melihat keperluan untuk mewujudkan garis panduan penentuan wali ke atas harta anak bawah umur pada kontrak hibah di Mahkamah Syariah. Reka bentuk kajian ialah analisa kandungan, manakala kaedah pengumpulan data pula ialah analisis dokumen. Data akan dianalisis melalui analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan perlu satu garis panduan penentuan wali ke atas harta anak bawah umur pada kontrak hibah di Malaysia di samping menetapkan elemen yang perlu ada pada wali ke atas harta anak bawah umur. Implikasi kajian ini adalah untuk menyeragamkan keputusan penghakiman Hakim Syarie pada isu yang berkait dengan penentuan wali ke atas harta anak bawah umur pada kontrak hibah di Mahkamah Syariah.