Paparan mengenai harta tidak patuh syariah di laman sesawang rasmi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Dapat meningkatkan kualiti Institusi Baitulmal di Malaysia
Keywords:
Harta Tidak Patuh Syariah, Institusi Baitulmal, Laman Sesawang, Majlis Agama Islam NegeriAbstract
Harta tidak patuh syariah wajib disucikan dengan mengikut beberapa kaedah dan kaedah pertama adalah dengan menyerahkannya kepada Institusi Baitulmal. Hal ini berdasarkan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaaan bagi Hal Ehwal Islam pada 23-25 Jun 2009. Sehingga kini, Institusi Baitulmal bertanggungjawab ke atas harta yang tidak patuh syariah, namun terdapat beberapa buah negeri yang masih belum menitikberatkan hal ini terutama paparan di laman sesawang rasmi Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) daripada segi informasi dan kaedah penyucian/pembayaran serta penggunaan. Hal ini menyebabkan sukar untuk masyarakat mensucikan harta tidak patuh syariah tersebut dengan mudah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis paparan laman sesawang rasmi kesemua MAIN di Malaysia. Kajian juga mencadangkan agar aplikasi penyucian harta tidak patuh syariah dapat dibangunkan oleh institusi baitulmal bagi meningkatkan kualiti dalam menguruskan institusi baitulmal di Malaysia. Kajian ini dijalankan melalui kaedah kualitatif dengan menggunakan kajian perpustakaan dan melayari internet. Kajian ini dapat membantu MAIN dalam meningkatkan kualiti institusi baitulmal berkenaan harta tidak patuh syariah bagi proses penyaluran dan pengagihan agar dapat dilaksanakan dengan cepat, sistematik dan efisen. Masyarakat dan organisasi juga boleh mensucikan harta tidak patuh syariah dengan hanya membuat pembayaran secara dalam talian tanpa perlu menampilkan diri dan membuka aib diri.