Isu jenayah: Tinjauan dari pendekatan pihak polis dalam pengurangan jenayah di Kota Belud, Sabah

Criminal issues: A review of the approach police officer to reducing crime in Kota Belud, Sabah

Authors

  • Dr. Nor-Ina Kanyo Institut Kajian Orang Asal Borneo, (BorIIS) Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
  • Norhuda Salleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah
  • Rahim Ahmad Institut Kajian Orang Asal Borneo, (BorIIS) Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
  • Madzriani Mohd Jony Institut Kajian Orang Asal Borneo, (BorIIS) Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
  • Nurul Aziati Azizuzita M. Azis Institut Kajian Orang Asal Borneo, (BorIIS) Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
  • Nurul Syahfiqqah Azzilah Mapiasah Institut Kajian Orang Asal Borneo, (BorIIS) Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Keywords:

Jenayah, indeks, pendekatan, Kota Belud, Sabah

Abstract

Secara umumnya, jenayah dapat ditakrifkan sebagai kesalahan yang dilakukan oleh individu dengan mempunyai niat untuk melakukan kesalahan itu, kemudiannya individu ini boleh dikenakan hukuman dengan setimpal atas sebab-sebab melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Jenayah yang dilakukan oleh individu ini tidak hanya terhad kepada jenayah kecil-kecilan, tetapi jenayah yang dilakukan semakin serius, agresif dan ekstrem. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti latar belakang atau senario kes jenayah di Kota Belud, Sabah serta menganalisis statistic data jenayah mengikut catatan balai polis Kota Belud dari tahun 2021 hingga 2022. Wujudnya masalah jenayah ini, kajian juga menjelaskan pendekatan yang diambil oleh pihak polis dalam menangani masalah jenayah yang ada di Kota Belud, Sabah. Dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual secara bersemuka, kajian ini dijalankan di balai polis bersama Asisten Superintendent Polis Kota Belud, Sabah. Hasil dapatan kajian menunjukkan penurunan jumlah indeks jenayah dari tahun 2021 hingga 2022. Selain itu, kajian ini menunjukkan pendekatan pihak polis dalam mengurangkan masalah jenayah telah berjaya di Kota Belud, Sabah secara keseluruhannya. Dapat disimpulkan bahawa kepelbagaian pendekatan dalam usaha mengurangkan masalah perlakuan jenayah di Kota Belud telah menjadikan daerah yang mencatatkan jenayah yang paling rendah di antara semua daerah di Sabah. Diharapkan bahawa hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan untuk pihak berkuasa dalam menyelesaikan jenayah-jenayah yang ada

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-19

How to Cite

Kanyo , D. N.-I., Salleh , N., Ahmad , R., Mohd Jony , M., M. Azis , N. A. A., & Mapiasah , N. S. A. (2024). Isu jenayah: Tinjauan dari pendekatan pihak polis dalam pengurangan jenayah di Kota Belud, Sabah: Criminal issues: A review of the approach police officer to reducing crime in Kota Belud, Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(68), 112–122. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2687