Ekopelancongan Berasaskan Komuniti (CBE) dan cabaran di air terjun Murug Turug, Tamparuli, Sabah.

Community Based Ecotourism (CBE) and challenges in Murug Turug waterfalls, Tamparuli, Sabah

Authors

  • Siti Rahmah Galib Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Rosazman Hussin Institut Kajian Orang Asal Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia
  • Jalihah Md Shah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia

Keywords:

Penglibatan Komuniti, Tahap Pengibatan Komunitiq, Cabaran dalam aktiviti ekopelancongan

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji Ekopelancongan Berasaskan Komuniti (CBE) di Air Terjun Murug Turug, Kampung Minangkob, Tamparuli, Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai pelaksanaan dan cabaran Ekopelancongan Berasaskan Komuniti sebagai salah satu pusat pelancongan yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Penglibatan ahli komuniti dalam aktiviti ekopelancongan bukan sahaja dapat menjana pendapatan, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada komuniti, khususnya kepada penduduk setempat. Secara umum, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Ekopelancongan Berasaskan Komuniti di Air Terjun Murug Turug berjaya menarik minat komuniti setempat untuk terlibat, kerana penglibatan komuniti merupakan salah satu faktor penting dalam menyumbang kepada ekonomi negara. Oleh itu, setiap pembangunan dalam bidang ini memerlukan penglibatan komuniti secara holistik. Kaedah kutipan data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pendekatan kualitatif iaitu temubual mendalam dan pemerhatian. Dapatan kajian mendapati terdapat beberapa aktiviti ekopelancongan yang dilaksanakan di kawasan Air Terjun Murug Turug seperti camping, trekking dan mandi manda. Secara keseluruhan, tahap penglibatan komuniti dalam Ekopelancongan Berasaskan Komuniti di Air Terjun Murug Turug adalah ditahap kendiri. Walaupun terdapat cabaran yang dihadapi oleh ahli komuniti dalam perlaksanaan aktiviti ekopelancongan berasaskan komuniti di kawasan ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-12-19

How to Cite

Galib, S. R., Hussin, R., & Md Shah , J. (2024). Ekopelancongan Berasaskan Komuniti (CBE) dan cabaran di air terjun Murug Turug, Tamparuli, Sabah.: Community Based Ecotourism (CBE) and challenges in Murug Turug waterfalls, Tamparuli, Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 9(68), 87–102. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/2685